Seorang gadis Iraq berusia 17 tahun mengisahkan bagaimana dia ditangkap dan jadi hamba seks kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Dia dibolehkan berbicara kepada awam melalui akhbar Itali La Republica melalui telefon mudah alih mereka kerana para penangkapnya ingin kisah gadis itu diketahui dunia. Gadis malang itu merupakan salah satu dari 40 perempuan Yazidi ditangkap ISIS ketika kumpulan militan itu menyerbu bandar tempat tinggal mereka empat minggu lalu, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Selasa (9/9) dan dilaporkan the Daily Telegraph.
Dia mengatakan apa yang dialaminya sangat mengerikan sehingga dia berharap supaya dipukul sampai mati.
"Ada bahagian dari diri saya menyatakan ingin mati saja. Tapi di bahagian lain saya masih berharap dapat memeluk ibu bapa saya sekali lagi," kata dia.
Ibu bapa dia yang berjaya lari dari kem pelarian di Kurdistan memberikan nombor telefon bimbitnya kepada akhbar Itali itu.
"Buat menyakiti kami lebih dalam, mereka menyuruh kami menceritakan butiran kejadian yang mereka lakukan terhadap kami kepada ibu bapa."
Menurut gadis itu, para penangkapnya menganggap mereka orang yang boleh dikalahkan.
"Kami meminta mereka menembak mati kami tapi kami terlalu berharga buat mereka."
Selain gadis itu ada gadis lain berusia 13 tahun yang mengalami trauma hingga tidak boleh bicara akibat mengalami penyiksaan dari militan ISIS. Menurut dia, para perempuan ditangkap ISIS itu ditahan di sebuah bangunan yang dijaga para militan di sebuah kampung di selatan Kota Mosul.
Semua kaum perempuan Yazidi itu ditangkap ketika ISIS menyerang Bandar Sinjar pada 3 Ogos lalu. Ribuan warga terpaksa mengungsi ke pergunungan Sinjar buat menyelamatkan diri.
Anda boleh percaya berita ini dan boleh tidak percaya..
2 comments:
Jangan sebarkan fitnah jika kita tak pasti cerita sebenar!! Mungkin gadis tu telah bernikah dng pejuang ISIS..siasat dulu...amalkan ayat 6 Suarah Al Hujaraat.
jangan gampang dengan fitnah yang tak jelas
Post a Comment