Tuesday, September 16, 2014

Komen Dr Mujahid, Khalid Samad Mengenai Nik Abduh & Syahid Mohd Lotfi


Mujahid Yusof Rawa.

PETALING JAYA: Tiada siapa selain Allah yang dapat menentukan sama ada seseorang individu itu mati syahid dan tiada siapa boleh menghalang seseorang daripada meneruskan niat untuk berbuat demikian, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Memburu syahid adalah sesuatu yang suci dan kita tidak boleh menghalang pendapat mereka mengenai perkara ini.
"Namun, PAS sebagai sebuah parti mengambil keputusan jelas bahawa sesiapa yang terlibat dalam proses polititk selain rangka kerja parti, di dalam atau luar negara, tidak lagi menjadi tanggungjawab parti ini.
"Jika seseorang individu memutuskan untuk memperjuangkan keadilan dan menentang ketidakadilan terhadap golongan ditindas, peluang untuk mati syahid menanti anda, hanya ia tiada kaitan dengan parti,"  katanya ketika dihubungi The Star Online.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, individu terbabit perlu memastikan tindakan mereka berada pada landasan yang betul.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Abduh Nik Aziz yang memberi penghormatan kepada pejuang jihad warganegara Malaysia di Syria, Mohd Lotfi Ariffin yang menyifatkan beliau sebagai 'syahid'.

Lotfi, 45, maut selepas berada dalam koma akibat serangan hendap yang dilancarkan militan pemberontak di timur Hama pada Selasa lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata parti mengambil pendirian untuk menjauhkan diri daripada peperangan yang berterusan di Iraq dan Syria, malah telah memecat semua ahli yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

"Kami memutuskan untuk tidak terlibat dengan konflik tersebut kerana kami percaya ia adalah perang proksi dan kami tidak menggalakkan ahli parti untuk pergi ke sana," katanya. (mStar)

2 comments:

Anonymous said...

PusMa tu betul ke perjuangannya

maae said...

Mati syahid itu jelas di atas nama fisabilillah. Jika di kategorikan secara taksub, ia bukan lagi mati syahid kerana ia tidak lagi melibatkan negara, agama Islam, bangsa dan penganut Islam lain nya di mana penganiayaan musuh Islam yang amat berbahaya.

Palestin amat jelas. Tetapi jika peperangan ini di olah oleh puak Islam sendiri yang besekongkol dengan musuh, maka syahid itu hanya berlaku kepada pejuang-pejuang yang tidak mengetahui agenda sebenar, mempertahankan segala kekejaman di lakukan kepada orang dan harta awam Islam.

Jika Islam berperang sesama sendiri, ada kah itu syahid ? Jika Pas berbunuhan dengan Umno, ada kah itu syahid ? Ada kah puak-puak Pkr itu datang membantu Pas, mati dan di anggap syahid ? Maka jangan lah terjerumus dalam kejahilan melampaui ini. Mempertahankan kafirun harbi, bermati-matian secara fizikal itu syahid ? Secara mudah, Allah SWT melarang mendoakan kesejahteraan kafirun atau jelas nya musuh Islam.

Pergolakan di Timur Tengah tidak lain percaturan tangan ghaib. Jika di sini pusat nya, menjadikan Islam seluruh dunia bersatu, ini yang di geruni kafirun harbi, terutama zionis dan sekutu nya. Dengan berkepentingan kuasa mutlak, mengawal sumber-sumber, manusia bertuhankan syaitan
sentiasa merencanakan seribu macam cara , menepati peringatan Allah Yang Maha Mengetahui terjemahan Al Quran.

Ketaksuban kepada selain Allah SWT tidak lain kesyirikkan. Jika syirik itu menjadikan penganut Islam itu menjadi munafik, musyrik dan akhir membawa murtad, amat jelas sekali balasan siksa nya secara nyata atau di tangguh kemudian hari.

Nota : Apa yang saya tulis berdasarkan rumusan ringkas dari rujukan ilmu-ilmu Islam. Komen secara blogging.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails