Wednesday, September 17, 2014

Konsert Shila Amzah Gempar Kerana Tajaan Syarikat Judi Nombor?


KERATAN Shila menyokong tindakan peminat hingusannya yang menyelar media tanpa usul periksa telah dipadam kurang satu jam selepas ia dimuat turun di Instagram peribadinya, ShahilaAmzah. 

HALAMAN HIBURAN
GEMPAR! Kosmo! Online hari ini melaporkan..

"Pada awalnya, artikel ini tidak akan menyentuh tentang cerita peribadi seorang penyanyi muda yang meraih sukses jauh sehingga ke negara China, Shila Amzah.
"Ia sepatutnya hanya bercerita tentang bagaimana kami terpukau dengan kehebatan Shila menarik kelompok peminat Cina untuk hadir dan bergembira di konsert miliknya yang berlangsung pada Sabtu lalu di Dewan Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
"Konsert itu dinamakan Shila Amzah LOVE Live In Malaysia."

Lapor wartawan yang ditugaskan, Mohd. Izuan Roseli menulis tentang dewan konsert dipenuhi dengan 80 peratus penonton yang terdiri dalam kalangan peminat Cina, yang dianggap sebagai satu fenomena luar biasa penangan Shila Amzah. Ia sekali gus menjadi satu pencapaian yang luar biasa buat penyanyi muda yang bergelumang dengan lagu-lagu Melayu sebelum ini.

Tetapi, lapor Kosmo! lagi..

"Bagaimanapun, sebaik kisah konsert itu berakhir, pada Isnin lalu, Shila melalui akaun Instagram Shilaamzah_photography (sama ada atas pengetahuan dan persetujuan Shila atau tidak) dengan bangganya tanpa usul periksa telah memuat naik status yang berbunyi 'sungguh dangkal dan kurang sopan'.
"Status itu memperlekeh media Melayu yang didakwa sebagai tidak menyokong kariernya.
Lebih parah, status itu mendakwa, media Melayu tidak berminat untuk hadir membuat liputan di konsert tersebut, sebaliknya lebih senang membuat gosip. Lantas, meriahlah status tersebut dengan sokongan dan pelecehan terhadap media Melayu.
"Shila sendiri dalam salah satu jawapannya kepada peminat di akaun peribadinya, ShahilaAzmah menyokong para peminatnya. Dia mahu bertindak untuk memanjangkan status tersebut, namun bimbang ia menjadi isu dalam kalangan media Melayu."


DALAM Instagram kelab peminat Shilaamzah_photography, pengurus akaun tersebut membandingkan keratan akhbar Cina dan Melayu beserta status yang memperlekeh media Melayu sebagai tidak menyokong karier seni Shila, sebaliknya suka menjaja gosip penyanyi tersebut. 

Menurut Kosmo! lagi,

"Komen sokongan tersebut bagaimanapun telah dipadamkan untuk menghapuskan bukti. Untuk pengetahuan Shila (atau anda buat-buat tidak tahu), pihak media Melayu tidak dijemput oleh pihak penganjur iaitu Mega Ultimate Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Bhd..
"Kosmo! menerima undangan liputan konsert tersebut pada saat akhir selepas meminta kebenaran daripada pihak penganjur untuk membuat liputan konsert tersebut. Itupun selepas meminta seperti pengemis, demi berasa bangga dengan pencapaian Shila Amzah."

Yang lebih menarik lagi alasan yang diberi oleh Kosmo! ialah..

"Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor, satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya."

Terima kasih kepada KOSMO! kerana mengutamakan dan memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya, walaupun suasana mungkin jadi gempar sikit. Al-hamdulillah. Tahniah wartawannya!
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails