Friday, September 19, 2014

Masjid 'Dhirar' Dirasmi Hari Ini

Foto
RHEEL Raza 60, mengimamkan sembahyang Jumaat di pusat pendidikan Islam Oxford yang diketuai Hargey tidak lama dulu.

Cape Town: Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya ‘masjid terbuka’ hari ini.

Masjid berkenaan, menurut pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay.

Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ.


Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata. Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang.

“Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya.

Masyarakat Islam Cape Town menyelar masjid itu dengan sebahagiannya menyifatkan Hargey sesat dan menyesatkan. Majlis Islam Afrika Selatan (MJC) tidak mempunyai kuasa terhadap masjid itu. Timbalan Presidennya, Riad Fataar memberitahu wartawan, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap masjid berkenaan. Riad juga memberitahu, dia menganggapnya tempat ibadah, bukan masjid.

“Apa juga yang bertentangan dengan Islam, akan mendapat kecaman daripada MJC,” kata Riad.

Sementara itu, Hargey berkata, masjid yang terletak di Wynberg itu, tempat dia dilahirkan, akan dirasmikan jam 1 petang hari ini. Azan akan dilakukan dalam bahasa Inggeris dan Arab sementara khutbah dalam bahasa Inggeris keseluruhannya. Wanita pula dipelawa solat sama saf dengan lelaki. Menurut Hargey, dia akan membaca khutbah sulung dan topiknya berkait dengan kewujudan bersama Kristian dan Islam. Dia menjangka 300 orang akan hadir pada majlis pembukaan itu.

Umat Islam Afrika Selatan bercadang berarak ke masjid berkenaan untuk mendesaknya ditutup sama sekali. - Agensi

Heboh Masjid untuk Gay Dibangun di Afsel Masjid 'Dhirar'  dirasmi hari ini

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bolehkah masjid ini digolongkan dalam kumpulan 'masjid dhirar'  seperti yang berlaku di zaman Nabi SAW.?

Ini kisah Masjid Dhirar..

Firman Allah;
والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون


Maksudnya;
  • “Dan (diantara orang munafiq itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “kami tidak menghendaki selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpah mereka)”. (surah at-taubah : 107)
Ayat ini mengisahkan tentang perancangan jahat yang telah di lakukan seorang Pendeta Nasrani yang bernama Abu ‘Amir Ar-Rahib[1].

Ketika Islam muncul di Madinah dan menarik banyak penganut ajaran Nasrani kepada Islam, maka Abu Amir Ar-Rahib telah menyusun strategi bagi mematahkan usaha Rasulullah s.a.w dan para Sahabat tersebut dengan mengadakan usaha kerjasama bersama kaum munafiq Madinah dari suku Aus dan Khazraj.

Baginda s.a.w menyedari akan perancangan Abu Amir Ar-Rahib dan orang-orang munafiq itu, lalu Rasulullah s.a.w hendak menjatuhkan hukuman terhadapnya, tetapi dia telah lari dari Madinah ke Mekkah dan kemudiannya ke Taif dan kemudiannya ke Syiria.

Dari Syiria, dia telah mengatur perancangan untuk membinasakan usaha dakwah Rasulullah itu dengan menulis surat kepada golongan munafiq di Madinah, yang menyuruh supaya orang Munafiq membina sebuah masjid berhampiran dengan Masjid Quba dengan tujuan untuk merosakan usaha dakwah Rasulullah s.a.w dan para Sahabat.

Mengikut satu riwayat, Abu Amir Ar-Rahib menyuruh golongan munafiq membina masjid sebelum dia keluar dari Madinah dengan katanya kepada mereka : 
  • “binalah masjid kamu dan bersedialah kamu dengan kemampuan kamu dari kekuatan dan senjata, maka sesungguhnya aku akan pergi berjumpa dengan Qaisar Raja Rom, dan aku akan membawa tentera dari Rom dan aku akan mengeluarkan (menghambat) Muhammad dan sahabat-sahabatnya dari Madinah”.[2]
Seperti musuh-musuh islam yang lain, Abu Amir Ar-rahib menyedari bahawa untuk sesuatu Negara yang di dalamnya agama yang benar dan mantap, cara terbaik untuk menghancurkannya adalah dengan menggunakan agama itu sendiri. Dengan mempergunakan Islam, mereka dapat merasuk dan mempengaruhi umat Islam supaya terpedaya dengan tipu daya mereka.

Lalu golongan munafiq telah membina masjid tersebut disebelah rumah seorang munafiq yang bernama Khuzzam bin Khalid

Berkata Ibnu Ishaq : 
  • orang-orang munafiq yang membina masjid tersebut adalah dua belas orang, mereka adalah Khuzzam bin Khalid, Tha’labah bin Hatib, Mu’tab bin Qasyir, Abu Habibah bin Asaa’r, Ubbad bin Hanif, Akhu Sahl bin Hanif, Jariyah bin ‘Amir, dua anak Jariyah iaitu Majmak dan Zaid, Nabtal bin al-Harith, Bajad bin Othman (keturunan Bani Dhobi’ah) dan Wadi’ah bin Thabit.[3]
Ketika Rasulullah s.a.w hendak ke Tabuk, beberapa orang munafiq telah datang berjumpa dengan Baginda s.a.w dan berkata:
  • “Wahai Rasulallah! Sesungguhnya kami telah membina sebuah masjid yang merupakan keperluan kepada kami. Demi Allah, tidaklah kami kehendak untuk membinanya melainkan kebajikan dan kebaikan, sesungguhnya kami suka, jika kamu datang dan menunaikan solat didalamnya dan berdoa keberkatan padanya”.
Tujuan mereka minta Rasulullah s.a.w menunaikan solat dan berdoa dalam masjid itu adalah untuk mereka boleh berhujjah mengatakan bahawa masjid itu telah di akui oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Lalu berkata Rasulullah s.a.w kepada mereka : 
  • “sesungguhnya aku hendak bermusafir. Sekiranya kami pulang nanti, Insya Allah, kami akan datangi kamu dan kami solat di dalamnya (masjid)”
Ketika Rasulullah s.a.w pulang dari Tabuk, turun ayat 107 surah at-taubah di suatu tempat yang bernama Zu Awan (sebuah tempat sejam dari Madinah). Lalu menyuruh Rasulullah s.a.w akan beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim, Maan bin Adi atau saudaranya ‘Asim bin Adi dengan kata Baginda s.a.w;
انطلقوا الى هذا المسجد الظالم أهله فاهدمواه و أحرقواه

Maksudnya;
  • “Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”
Lalu mereka melakukan suruhan nabi tersebut sehinggakan masjid itu rata.[4]

Moral dari kisah Masjid Dhirar ini..

Muhammad Ali Bin Muhammad As-Syaukani berkata di dalam kitabnya “fathu al-qadir”
  • Sesungguhnya Allah mengkhabarkan, golongan munafiq membina masjid dhirar dengan empat tujuan. Ianya adalah seperti berikut;
(a) Memberi Mudharat kepada orang lain.
(b) Menguatkan golongan munafiq.
(c) Memecah belahkan umat Islam.
(d) Menyediakan persiapan untuk melawan Allah dan Rasul-Nya.[5]

Melihat kepada tujuan pembinaan masjid Dhirar ini menjelaskan kepada kita betapa munafiqin berusaha untuk menjatuhkan dan memecah belahkan umat Islam dari bersaudara atas nama Islam dan melemah umat Islam dari seluruh aspek kehidupan.

Menurut: http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2006/07/pengajaran-dari-kisah-masjid-dhirar_09.html
Ulasan kepada..

'Kenyataan Sisters In Islam pada 20 oktober 1996' (Semasa Abdullah  Ahmad Badawi jadi PM)

No comments:

Post a Comment