Sunday, September 21, 2014

MB: Anwar Redha Isterinya Tidak Terpilih? 'masa untuk berubah'.

 
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar dikatakan menerima berita Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah tidak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor dengan positif . Beliau juga bersetuju dengan "masa untuk berubah', yang bertentangan dengan dakwaan sebelumnya bahawa PKR dan DAP akan meminta pilihan raya negeri diadakan jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah tidak dipilih.

Lapor mStar hari ini.

Menurut mStar, dua calon PAS adalah antara tiga nama yang diberikan kepada istana bagi mematuhi permintaan Sultan supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan tiga individu untuk dilantik sebagai menteri besar. Pihak istana kemudiannya berkata, Sultan akan melaksanakan hak untuk memilih menteri besar seterusnya dari senarai yang dihantar PAS atau calon yang tidak dicadang.

Seterusnya, tiga calon berpotensi bagi mengisi jawatan menteri besar menghadap Sultan Selangor untuk dinilai kesesuaian sebelum diumum sebagai individu yang akan mengangkat sumpah pada Selasa ini. Tiga calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PAS dan Parti Keadilan rakyat (PKR) negeri iaitu Iskandar Samad (Ahli Dewan Undangan (Adun) Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (Adun Bukit Antarabangsa).


Difahamkan, ketiga-tiga calon ini telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah secara berasingan di Istana Kayangan, Klang pada awal minggu. Pertemuan itu merupakan fasa terakhir untuk membuat keputusan terbaik melantik pengganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Majlis menangkat sumpah bagi jawatan ini disahkan akan berlangsung pada Selasa dan kad jemputan sudah diedarkan. Menurut sumber, ketiga-tiga nama ini telah diminta untuk menghadap Sultan bagi membolehkan 'temuduga' dibuat sebelum calon paling layak dari segi personaliti dan kebolehan dilantik ke jawatan berkenaan.

Dimaklumkan dua nama lain yang turut serta dalam pertemuan untuk 'menemuduga' calon terbabit ialah Setiausaha Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua lagi ahli Majlis Diraja Selangor.

Menurut sumber, setiap calon dipanggil menghadap selama lebih satu jam untuk ditemuduga dalam keadaan baik dan mesra. Ketiga-tiga wakil rakyat ini diberitahu agar bersedia untuk dimaklumkan mengenai perkara tersebut. Ini bermakna nama calon menteri besar akan diketahui selewat-lewatnya pada Isnin.

Menurut sumber lagi, Azmin dilaporkan telah menemui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi pada Khamis bagi memaklumkan bahawa beliau 'ditemuduga' oleh Sultan kerana tidak mahu wujud salah faham dalam konflik yang semakin 'berbelit'. Kerana itu Anwar dikatakan menerima berita ini dengan positif dan bersetuju dengan "masa untuk berubah'.

Dari sumber mStar.  (IH)

10 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya semua orang tidak mengetahui apa tujuan Anwar hendak meletakan istrinya sebagai MB.Kalu setakat nak kan harta itu bukan jalanya.Anwar lebih tahu hal tersebut.Dan sekiranya benar beliau redha dengan tidak terlantik isterinya itu menunjukan belaiu adalah pejuang sebenar dan Kita semua tidak tahu tentang apakah benar rezab selangor masih ada sebanyak itu? sama2 kita tunggu.

Anonymous said...

Baginda Sultan tak nak isterinya jadi MB sebab itulah dia redha. selama ini cakap bkn main sombong dan angkuh kononya "aku lebih berkuasa dr Istana", sekarang padan dgn muka, siapa yg lebih "power" Istana atau Anwar? org macam ini ke nak diangkat sebagai PM Malaysia nanti? "selamat malam aje lee"

Basar said...

Harta ha memanglaaa abang non ada banyak harta bukan den kata wikileks yang kata... Abang non kata wikileks boleh dipercayai.

Redho.... Jika abang non redho yang angrybard duduk melalak tu apo. Angrybard saudara anwar.

Bukan redho dah tak boleh buat apo.
Redho ni awal2 lagi....

Anonymous said...

Sesiapa pon boleh jadi MB , adalah baik dilantik dari kalangan UMNO , supaya tiada perbalahan lagi ! Apa macam okey tak .... janji bukan dari PAS .

Anonymous said...

Tanpa Anwar sokongan kepada parti2 pembangkang terutama PAS tidak kemana. Hanya selepas era 1998 baru bangkit sokongan pada PAS. Anak muda PAS jangan lupa jasa Anwar dan Almarhum Ust Fadhil dalam mengerakkan sokongan dari UMNO kepada pembangkang. Masalahnya agen2 SB telah meresapi PAS seperti mana mereka meresapi ISMA dengan meletakkan melayu Islam sebagai matlamat pejuangan bukannya kesyumulan Islam seperti yg dilaungkan sebelum ini.

Anonymous said...

Lepas ni jgn harap kami sokong PAS

Anonymous said...

Dah terkedu masih ada yg kata Ketum redha? nk muntah aku. Sepatutnya isu pertukaran MB tidak berlaku langsung, rakyat masa tu respek habis kt PR. Kini semua punah bai PKR, PAS maupun DAP

Anonymous said...

Kalau Anwar tu best sangat, kenapa orang Penang tak angkat dia jadi MB Penang?

Anonymous said...

Anwar kena kembali kepada tatacara Islam dalam berpolitik. Jangan ikut akal semata.

Plasma said...

bukan taksub pd anwar. tp beliau memang sgt tegas dgn rasuah dan penyelewengan.

sehingga tiada sikit pun kes peyelewengan pd anwar maka terpaksa di reka fitnah liwat.

lagi satu, ada tk pemimpin yg sanggup kena pukul, kena fitnah, penjara, telanjang demi rakyat?

siapa yg boleh mengatasi merit ini maka layaklah ganti anwar.

kalau nk isteri jd MB, dr dulu khalid tkdpt naik. dh 2 penggal khalid naik, maka bila dh tk ikut inspirasi parti maka perlu ditukar. takde pun anwar tuduh khalid jadi barua, dibeli umno.

anwar tetap hormat khalid atas rekod beliau cuma sekarang khalid sudah tidak relevan. pemimpin PAS selangor juga setuju dgn masalah ini kerana mereka bekerja dgn khalid.

hj hadi dok gnanu apa tau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails