Monday, September 08, 2014

MB S'gor: PKR, DAP Engkar Arahan, Sultan Pilih PAS?





KUALA LUMPUR: Istana Selangor hari ini menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan satu nama berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu sebagai 'engkar' kepada arahan Sultan.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan kedua-dua pati itu yang menghantar hanya satu nama sama menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan perbuatan derhaka kepada baginda.

"DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engakar terhadap baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya.

Namun demikian, katanya hanya parti PAS yang akur dengan titath DYMM Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar Selangor. PAS sebelum ini mengemukakan tiga nama iaitu masing-masing dua Adun PKR dan seorang Adun PAS. PKR dan DAP pula mengemukakan nama tunggal iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Teliti nama lain

Kenyataan itu juga menyebut, dengan penerimaan senarai calon itu, baginda akan menelitinya dan akan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum membuat sebarang keputusan.

"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar  Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor maka baginda akan meneliti nama-nama Adun yang lain dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," katanya. - HARAKAHDAILY 8/9/2014

3 comments:

bat8 said...

Tuan Haji

Ini semua mengarutlah. Tengok balik perlembagaan.Alasan tuanku nak tengok selain dari sokongan seperti kebolehan dsbnya tidak masuk akal
dan tidak termaktub di dalam perlembagaan.

Saya mengelak nak komen sebelum ini. Contoh "Descretion tuanku" yang terbaik ialah dalam krisis perlantikan MB Terengganu selepas PRU 2004. UMNO mencadangkan nama Idris Jusuh. Sultan Terengganu tidak perkenan atau tak setuju. Maka nama Ahmad Said juga dari UMNO ( bukan dari pembangkang sbb majoriti DUN ditangan UMNO) dicadang dan diterima. Soal majoriti tidak diusik.

Jika perkara lain perkara lain drp majoriti hendak diambilkira seperti kebolehan, kelayakan, pengalaman dsb, dah tidak ikut perlembagaan. Contoh nama Haji Hadi yang dicadang oleh PAS menjadi MB Terengganu. Dari segi kelulusan pun dah out sebab kelulusan Hj Hadi menyimpang jauh dari yang diperlukan untuk menjadi MB. Misal, pasal pengurusan kewangan, Hj Hadi tak tahu apa, zero.Pengalaman, lagi out.

Ini dah tak masuk akal. Ada udang sebalik mee ke?

Anonymous said...

PKR dan DAP tak sudah-sudah membuat onar.

IbnAbdHalim said...

Kalu lagu tu bubar apa saja yg ada. Tak perlu SPR tak perlu DUN. Tak payah buat pilihanraya. Pakai raja sudah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails