Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve semalam berkata seorang remaja perempuan ditangkap di sebelah tenggara Bandar Nice sebelum dia berangkat berjihad. Polis sempadan di bandar udara menangkap gadis yang akan berangkat ke Syria itu. Keluarga gadis itu tidak tahu anak mereka akan berangkat ke Syria.
Polis juga kemudian menangkap seorang lelaki berusia 20 tahun kerana disyaki menjadi perekrut gadis itu dan membelikannya tiket ke Turki supaya boleh ke Syria, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Haaretz, Ahad (31/8). Menurut perisikan Amerika Syarikat dan Eropah ribuan warga asing, kebanyakan dari Eropah Barat, sudah banyak menyertai dengan kumpulan pelampau Islam di Syria dan Iraq.
Dianggarkan sudah ada 800 warga Perancis bergabung dengan kumpulan Islamis di Syria. Sebahagian dari mereka bahkan masih berusia 14 tahun. Cazeneuve mendedahkan April lalu pihak keselamatan cuba menghalang kaum muda muslim Perancis menjadi beraliran radikal dengan cara menyediakan saluran telefon khusus bagi para ibu bapa jika anaknya berlaku mencurigakan.
Pihak keselamatan sudah menerima 300 telefon dan menyatakan kira-kira 45 peratus kes melibatkan perempuan muda. Warga muslim Perancis adalah yang terbesar di Eropah dengan jumlah penganut sekitar lima juta orang. (IH)
No comments:
Post a Comment