Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.
"PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.
"Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dalam tulisannya di media sosial Facebook semalam mendakwa PAS kini menjadi mangsa buli PKR dan DAP sehingga dibenci penyokong PR sendiri.
"Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS.
"Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi." katanya.
Tulisan Nik Abduh itu dipercayai merujuk kepada pergeseran krisis menteri besar Selangor sehingga membawa kepada pemecatan ahli majlis Pulau Pinang daripada PAS minggu lalu. Rosli berkata, selaku Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan ahli Parlimen penggal pertama, Nik Abduh perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya.
"Tugasan selaku AJK PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tugasan selaku ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen.
"Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka," katanya.
Katanya, tidak guna jika Nik Abduh mengadu dalam media sosial mengenai PAS dibuli PKR dan DAP. Sebaliknya menegaskan, jika benar ada bukti PKR dan DAP melanggar syarat tahaluf siyasi (kerjasama) yang digariskan, maka Nik Abduh perlu mengemukakannya ke dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.
Beliau turut menyifatkan beberapa kritikan Nik Abduh terhadap DAP itu sebagai kurang bijak dan tidak berhemah.
"Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) baru sahaja menegaskan di dalam muktamar lalu bahawa PAS akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.
"Jika beliau tidak dapat membawa sebarang bukti, seharusnya beliau menjunjung tinggi penegasan Presiden itu.
"Bukanlah berhemah namanya menyebut: 'Jika tiba-tiba DAP jadi kawan Umno' sedangkan soal DAP mahu jadi kawan Umno atau tidak itu adalah soal DAP sendiri, bukan soal PAS," katanya. – 29 September, 2014. (IMI)
5 comments:
Nik Abduh ni nk jadi ulaRma dn politikus senget dn tempang.
Tugas utk bina perpaduan tapi kocak agar perpecahan.
Kawasan jagaan pasir mAs tapi jaga tepi kain penang.
Org hurmat ayah dia sebab bijak tapi tk semesti hurmat anak yg tk senggah.
PAS adalah 'abang tua' kepada PKR dan DAP..??
HAHAHAHAHAHAAA.... !!
HAAHAAHAAHAAHHAAHAHAHAA...!!
Nak terkencing rasanya..! Bila masa kamu diiktiraf sebagai 'abang tua'..? Umur memang tua.., tapi otak macam BELUM AKIL BALIGH..
HAHAHAHAHAHAAA...
PAS adalah 'abang tua' kepada PKR dan DAP..??
Jom ramai ramai kita kencingkan PAS....kerana selama ini hancing paing dikencingkan DAP-PKR sehingga dayus untuk melaksanakan negara Islam dan Hudud !
Apakah PAS beriman kepada PR hanya kerana musuh siyasahnya UMNO?
Nik Abduh, Nasarudin Tantawi dan beberapa yang lain, jasad mereka bersama PR tapi hati mereka bersama Umno..
T kasih
Bukan rahsia lagi Nik Abduh dan Nasrudin Hassan berjumpa dengan org Najib dan inilah hasilnya. Minta Nik Abduh dan Nasrudin Hassan bertaubat atau keluar dari PAS dan ikut Nasruddin Md Isa. Mereka ini gunting lipatan dalam PAS walaupun anak TGNA tapi iman bukan warisan seperti anak nabi Noh.
Post a Comment