Friday, September 26, 2014

Pakatan S'gor: Tanda-tanda Retak Sudah Terbayang.. Ini Buktinya?

http://1.bp.blogspot.com/-DEoctYWuwaA/URBidi0ZlmI/AAAAAAAAh9k/BFvkBEAiOSY/s1600/khalid-ibrahim-anwar-ibrahim-di-majlis-pkr.jpg

Barisan Exco Selangor : PAS 'kena main'....?

Sehingga berita ini ditulis 10.45 pagi Khamis belum ada reaksi rasmi dari PAS lagi.Juga belum diketahui samaada ia satu formula yang dipersetujui PAS.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali sudah potong satu kerusi Exco Kerajaan Negeri dari PAS.Dulu PAS ada empat Exco dan kini tinggal tiga sahaja. Sebaliknya beliau tambah jumlah Exco dari PKR dari tiga dulu jadi empat.

DAP kekal dengan tiga Exco. Azmin umum barisan Exconya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam pagi ini.Majlis angkat sumpah jawatan 3 petang ini. Dua Exco PAS lama yang digugurkan ialah Sallehin Mukhyi dan Dr Halimah Ali. Yang kekal ialah Iskandar Samad dan Dr Yunus Hairi manakala baru ialah Zaidy Talib ADUN Templer Park.

Exco PKR lama yang kekal ialah Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Ali. Dua muka baru ialah ADUN Batu Caves,Amiruddin Saari yakni orang kanan Azmin dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Ahmad yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Jawatan Nik Azmi yang sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri akan diambil alih oleh ADUN dari PAS. Yang gugur ialah Rodziah Ismail yang dulu dikatakan penyokong Tan Sri Khalid IBrahim.

Tiga Exco DAP lama yang kekal ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau. Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri kini disandang oleh Hannah Yeoh dari DAP.

Azmin berkata barisan Exconya ini telah mendapat perkenaan Sultan Selangor. Para pemerhati menilai PAS jelas ' turun pangkat' dalam komposisi baru ini.

Sebelum ini memang ada desakan dari kalangan pimpinan PKR agar kuota Exco PAS dipotong kerana pendirian parti itu tidak sokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam isu Menteri Besar baru ini.

Pimpinan PAS sebaliknya mahu mereka kekal dengan empat Exco. DAP pula marah kerana empat Exco PAS tidak letak jawatan selepas Khalid dipecat dari PKR. PAS kata mereka bertindak demikian kerana hendak menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.- 26/9/2014 (Agenda Daily)

Komen Weblog Ibnu Hasdyim: PAS Selangor difahamkan mengadakan mesyuarat pagi tadi dipercayai ada kaitan dengan pengumuman terbaru komposisi exco negeri Selangor oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil PAS Pusat dan juga wakil Pejabat Presiden PAS.

MB Baru Azmin mula dicabar. Apa akan berterusanlah muqaddimah keretakan PR Selangor?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

23 comments:

  1. tak kemarok jawatan mb, tp pelahap jawatan exco...

    ReplyDelete
  2. Kebanyakan komen, penulisan akhbar, blog dsb mengambarkan secara negatif apa yang diputuskan oleh MB. Tak habis2 sentimen negatif. Cuba la berfikiran positif dan mendoakan semuanya berjalan lancar. Fikirkan program utk rakyat pula. Dunia je semua ni.

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha..

    Kalu PAS nak bakor PR..sonang ajo...lantik Din Ayan jadi Naib Speaker ha ha ha.

    ReplyDelete
  4. parti kencing rakyat ni bangsa muka tak malu..macamla bangsat ni yang banyak kerusi di selangor ni..nyesal aku pangkah parti JUBUR..

    ReplyDelete
  5. Mmg lah x kemaruk...tp jgn lah smpai dpt betis nk paha...mcm belanda dpt tanah...fikirla h sama...pas rela atas semangat setia kwn menyerahkn jawatan mb...jwtan exco pun nk rmpas...ape cer ni...aku rasa lebih baik bg umno jaga selangor...

    ReplyDelete
  6. Bagi undi tak percaya,kasi bubar DUN

    ReplyDelete
  7. PAS kena terima hakikat yg mereka tikam Pakatan dari belakang. Nama MB yg mereka hantar adalah dari PAS. Nama Azmin seperti pihak Istana kata pilih bukan dari nama yg dihantar oleh mana-mana pihak. Mereka pertahankan 4 exco masa TSKI adalah untuk menjahanamkan pakata agar TSKI boleh terus berkuasa. Saya adalah ahli PAS tapi sedih dengan tingkah laku pimpinana PAS. Moga PAS sedar kesilapan yang lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bgtau tak pas tikam mcmana?

      Delete
  8. Jgn ngaku ahli PAS kalau hentam PAS.. ngaku je macai pkr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pon ahli pas.. tapi aku sokong pada yg betul.. walak pada islam.. sokong ikut tajuk.. ada fakta.. bukan sokong pakai kepala lutut.. jangan ingat ustaz yg serban melilit tak boleh jadi kaki pembelit.. kalau ustaz silap kita kena betulkan.. ada faham ka..

      Delete
  9. Pas ? piis puss.. asyik kena main jer depan belakang. Tahaluf siasi ? Ini Iah mimpi di siang hari...

    Berbudi pada tanah ada juga hasil nya. Ini tidak. Konon berbudi kepada kawan setia, sepakatan tidak lain di jadikan batu loncatan...

    Berhijrah lah kepada kebaikan kadar segera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mamat siber umnu.. kat mana mana pun ade.. he he.. tukang jaja fitnah ye..

      Delete
  10. Cepatnya Mesyuarat!!Tan nak tunggu seminggu lagi ke, Supaya semua orang dapat Hadir.....

    ReplyDelete
  11. akur la perintah sultan..perkenan sultan..heheheh..kena batang hidung sendiri balik...


    ReplyDelete
  12. Orang PKR jangan rasa seronok sangat. Mesti ingat PKR cuma ada 13 kerusi + 2 kerusi barua=15. Pas yang tunggal 13 + Khalid = 14. Silap haribulan kerajaan Azmin cuma boleh bertahan hingga hujung tahun ini. Sekarang siapa yang tidak tunai janji Majlis Presiden PR bila bentuk kerajaan Selangor dulu? Siapa mengkhianati PR? Pas kena kaji semuala bersahabat dengan parti2 munafik ini.

    ReplyDelete
  13. TUUU Laaa

    Gua sudah Cakap Blogger Ibnu Hashim nie penyokong Kuat PKR HaramJaddah..

    Sudah.. Bubar ajer DUN, buat undi semula di Selangor

    Kita tengok, PAS dapat kekal undi ker PKR yang akan Hilang Kerusi..

    ReplyDelete
  14. Sembang apa lagi..pengkalan kubor dah masuk kubur...pru 14 nanti....tunggu ler balasan...tinggal mata putih..hampehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pru 14..Kita tumbangkan ketum dan rakan rakannya. ...

      Delete
  15. Bila lagi PAS nak keluar PR? Bolehlah geng UG berpesta bersama umno- Hidup Melayu.

    Islam buang ketepi demi menantu dan kroni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik lagi sahabat dgn. Umno, kurang2 agama dan bangsa diperhatikan. ..

      Delete
  16. "Jgn ngaku ahli PAS kalau hentam PAS.. ngaku je macai pkr.."

    Aku nak smash sikit kenyataan di atas tu... untuk pengetahuan Fasal 16 berkenaan Hak-hak Ahli bahagian 1 (d) Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.

    Walaupun dilihat seperti melanggar Fasal 16 3 (e) Memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri. Namun perkara ini telah dilanggar oleh kebanyakkan pihak sama ada pemimpin mahupun ahli-ahli biasa di dalam muktamar yang lalu.

    ReplyDelete
  17. PAS yang munafik bertahaluf dalam PR . Dah tu nak kata ore lain pulok munafik ... PAS ni parti agamawan patut bersyukur dengan rezki yang ada , kata tak pelahap .... ni apa cerita ! nak jadi munafiklah tu ... kan YB Azmin tu SULTAN yang lantik ..... ingat !!! jangan engkar ...!

    ReplyDelete
  18. dah tahu puak suka uturn ni akan jadi pencacai aljub dan alsabunok. mengapa diikut

    ReplyDelete