▼
Sunday, September 07, 2014
PAS Hilang Atau Tak Pernah Dapat Undi Melayu? -Khalid Samad
Pemimpin lantang PAS Khalid Samad menyelar golongan konservatif dalam parti Islam itu yang mendakwa mereka hilang teras sokongan Melayu-Muslim setelah bergabung bersama Pakatan Rakyat.
“Kita tidak pernah pun mendapat sokongan (monopoli) Melayu – bagaimana kamu kata kita hilang sokongan Melayu?
“Kamu tidak boleh bandingkan (hari ini) dengan pilihan raya umum 2008 dan 20013...,” kata anggota parlimen Shah Alam itu.
Katanya, pada 2008 Umno “separuh tidur” tetapi pada 2013 mereka bersedia sepenuhnya daripada serangan Pakatan dan berjaya mendapat kembali 1 atau 2 peratus undi Melayu.
“Pada 20118, mereka tidak ada bantuan kewangan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).
“Umno juga terlalu leka apabila (bekas menteri besar Selangor) Khir Toyo mengatakan akan 'sifar pembangkang' (di Selangor)
Terdapat suara-suara konservatif PAS yang berulang kali mahukan parti itu keluar Pakatan, dengan mengatakan kerjasama dengan DAP dan PKR itu menyebabkan mereka hilang undang Melayu dalam pilihan raya umum lalu.
Dalam pilihan raya lalu, PAS hilang sedikit undi Melayu tetapi mempertingkatkan undi bukan Melayu, terutamanya di kawasan bandar dan separa bandar. Khalid berkata, sesiapa yang mahukan PAS keluar Pakatan itu harus sedar, dengan usaha terbaik Umno dan BN pada 2013, mereka hanya berjaya mendapat balik sedikit sahaja undi Melayu.
Anggota jawatankuasa pusat PAS itu berkata, sejak Pakatan memenangi Selangor enam tahun lalu, mereka bekerja secara senyap di peringkat bawah. (MK)
No comments:
Post a Comment