Monday, September 22, 2014

PAS Sedia Jaga Peti Undi Di Lokap. Tiada Kerjasama?


TUMPAT: PAS bersedia meletak petugas bagi menjaga peti undi pengundian awal yang diadakan hari ini untuk memastikan keselamatannya. Timbalan Pengarah Operasi PRK Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, pihaknya bersedia menghantar petugas untuk menjaga peti undi berkenaan.

"Ketika Pilihan raya Umum ke-13, kami meminta untuk menjaga peti undi di lokap, tetapi tidak dibenarkan pihak polis.
"Walau pun petugas kami terpaksa bermalam dalam lokap bagi menjaga peti undi, kami bersedia melakukannya.
“Bagaimananpun permintaan berkenaan ditolak kerana kata mereka lokap hanya untuk menempatkan orang bersalah sahaja," kata beliau pada persiangan media di  Markas Besar PAS hari ini.

Peti undi awal diletak dalam lokap Balai Polis Daerah Tumpat. Pengundian awal diadakan pagi tadi melibatkan 109 anggota polis diadakan di Dewan Delima Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. Turut hadir pada sidang media berkenaan, Penasihat Operasi PRK Pengkalan Kubor, Datuk Takiyuddin Hassan dan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Sementara itu Kamarudin berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memastikan hari mengundi pada mana-mana pilihan raya kecil atau umum diadakan pada hari cuti bagi menyuburkan lagi demokrasi di Malaysia.

“Hari untuk penamaan calon tidak kisah dibuat pada hari cuti atau hari bekerja sekali pun,” ujarnya.

Kata beliau adalah menjadi tanggungjawab SPR memastikan rakyat dapat keluar untuk membuang undi dengan selesa. Ekoran itu tindakan SPR itu, kata beliau menyebabkan kerajaan negeri mengumumkan cuti perisitiwa pada hari mengundi Khamis ini. - HARAKAHDAILY 21/9/2014

No comments:

Post a Comment