▼
Monday, September 01, 2014
PAS Sendiri Kena Mulakan Penulisan Sejarah Kemerdekaan -Ibnu Hasyim
KL: PAS mendesak supaya semua pihak khususnya kerajaan supaya menulis kembali sejarah kemerdekaan tanah air.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ini agar para pejuang yang benar-benar terlibat memerdekakan tanah air ditulis kembali nama mereka.
"Mereka dahulunya yang benar-benar terlibat dengan memerdekakan tanah air kita, untuk ditulis kembali nama-nama mereka, bukan dituduh sebagai pemberontak, penderhaka, sedangkan mereka adalah pejuang-pejuang yang memerdekakan tanah air kita ini," ujarnya dipetik daripada Buletin Online.
Hari ini, katanya yang mengiktiraf kemerdekaan itu seolah-olah dari kalangan pemimpin-pemimpin Umno sahaja sedangkan mereka dahulunya merupakan pekerja, petugas pegawai kerajaan di bawah penguasaan British.
“Mereka yang sebenarnya telah dilantik oleh British, untuk menubuhkan Umno bagi menghalang gerakan rakyat untuk menolak Malayan Union,” katanya yang juga Adun Paka.
Bercakap kepada pihak media selepas Konvokesyen Kolej Universiti Darul Quran Islamiah di Manir, Hulu Terengganu semalam, beliau menegaskan, dalam masa yang sama, kerajaan yang ada hari ini menyekat perjuangan Islam. Katanya, ia merupakan ‘permainan’ penjajah untuk melahirkan generasi yang meneruskan apa yang dibuat oleh mereka.
Sehubungan itu, ujarnya, PAS Terengganu mengadakan sambutan kemerdekaan dengan menganjurkan majlis-majlis penerangan untuk memberi penjelasan takrif sebenar kemerdekaan, siapa sebenarnya pejuang-pejuang kemerdekaan, dan siapa sebenarnya yang mengkhianati kemerdekaan tanah air.
“Supaya minda rakyat kita ini dimerdekakan daripada kongkongan sejarah yang telah dimanipulasi oleh penjajah, biasanya kerajaan yang memerintah, yang menulis mengikut kehendak ini, bukan sebenarnya latar belakang kisah sebenarnya.
“Kalau kita lihat dahulu, pejuang-pejuang seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Dol Said, mereka sebenarnya dari kalangan ulama. Datuk Maharajalela (adalah) mufti pernah belajar di Madinah,” jelasnya.
Katanya, mereka merupakan anak murid kepada Tok Ku Paloh, tetapi latar belakang mereka seolah-olah disembunyikan.
“Yang di timbulkan mereka ini sebagai pemberontak. Perkara inilah yang perlu generasi baru khususnya, generasi yang lahir selepas merdeka seharusnya memahami perjuangan ini, jika mereka memahami, kita sedia maklum bahawa negara kita ini lahiriahnya kita merdeka, tapi minda kita masih lagi terjajah,” ujarnya lagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kami bersetuju cadangan Pesuruhjaya PAS Terengganu, agar para pejuang yang benar-benar terlibat memerdekakan tanah air ditulis kembali nama mereka. Bersetuju PAS mendesak supaya semua pihak khususnya kerajaan supaya menulis kembali sejarah kemerdekaan tanah air.
PAS sendiri kena mulakan!
Lihat ini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
Perangai gila ! Bangsa asing beriya-iya memutar sejarah, PAS(orang melayu) pun teruja sama?
ReplyDeleteMemalukan. Apa faedah ? Kebodohon melayu yang ingin menggadai segala-gala nya ?
Di beri ruang memerintah Selangor, masih di belenggu kejahilan...