Tuesday, September 16, 2014

Pendaratan Tentera AS Simbolik Iktiraf Israel Lagi Mencurigakan.


Pendaratan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini dianggap simbolik pengiktirafan Malaysia terhadap keganasan kuasa besar dunia itu dan sekutunya terhadap umat Islam, khususnya di Gaza.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini mengutuk tindakan kerajaan membenarkan latihan bersama Malaysia-AS di Terengganu dan Kelantan itu.

Presidennya Abdul Malik Ab Razak (kiri) berkata, walaupun pendaratan itu dikatakan untuk latihan pengurusan bencana alam dan perlaksanaan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ia “sungguh mencurigakan”.

“Kerajaan Malaysia telah meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya,” kata Malik.

“Tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di Malaysia.

Kementerian Pertahanan pada 12 September lalu menjelaskan, sekumpulan tentera AS hadir untuk menjalani Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama Tentera Darat Malaysia.

Bernama melaporkan, tentera AS yang terlibat dalam latihan antara 13 September hingga 26 September itu daripada pasukan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.

Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota tentera darat akan menyertai latihan kali ini yang berorentasi pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario banjir.

GAMIS juga dalam kenyataannya hari ini kecewa kerana ia berlaku di ambang sambutan Hari Malaysia pada 16 September (esok).

“GAMIS terus mendesak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara.” kata Malik.

Gerakan itu, kata Malik lagi, menuntut kerajaan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan AS. 
(MK) 

1 comment:

  1. bagusnya bebudak baru belajor, suruh dia belajor sapa habih dulu baru nok campur urusan gini, kalau budak ceredik gini tadbir negara mapuh mesia jadi mcm zimbabwe

    ReplyDelete