Monday, September 15, 2014

Penggal Kepala Tebusan Britain, Bolehkah Ia Menjadi Pengajaran?



MIlitan Negara Islam menayangkan video bersama warga British, David Haines.

WASHINGTON: Kumpulan pelampau Negara Islam (IS) mendakwa mereka telah memenggal petugas amal British David Haines, tebusan ketiga warga Barat yang dibunuh dengan cara sama sebagai membalas tindakan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang didakwanya bersekongkol dengan Amerika Syarikat dalam perang di Iraq.

Pembunuhan ini susulan dua wartawan Amerika Syarikat yang turut dipenggal beberapa minggu lepas. Kumpulan itu menyiarkan sebuah video, yang boleh didapati di laman web kumpulan pemantau terorisme SITE, yang menunjukkan seorang militan bertopeng memenggal kepala Haines.

Video berdurasi 2 minit 27 saat dan berjudul “Pesanan kepada rakan sekutu Amerika” itu menyalahkan Cameron ekoran serangan udara bersama Amerika Syarikat ke atas para militan di Iraq.


 
Tony Blair: "Kamu secara sukarela campur tangan dengan Amerika Syarikat menentang IS seperti ketua terdahulu Tony Blair, berikutan menjadi trend di kalangan perdana menteri Britain yang tidak berani berkata 'tidak kepada Amerika', "

"Kamu secara sukarela campur tangan dengan Amerika Syarikat menentang IS seperti ketua terdahulu Tony Blair, berikutan menjadi trend di kalangan perdana menteri Britain yang tidak berani berkata 'tidak kepada Amerika', " jelas militan dalam rakaman video itu.

Militan itu, mungkin orang yang sama dalam video terdahulu, memberi amaran kepada Britain bahawa kerjasama ketenteraan itu hanya akan mempercepatkan kemusnahan dan mengheret rakyat negara itu ke dalam “satu lagi perang berdarah dan tidak mungkin dimenangi.”

Dia juga mengancam akan membunuh seorang lagi tebusan warga British. Haines, 44, yang dilahirkan di Scotland, dijadikan tebusan di Syria pada Mac 2013.  Beliau bertugas dengan Agensi Kerjasama dan Pembangunan Teknikal (ACTED) dan pernah terlibat dengan aktiviti kemanusiaan di wilayan Balkan, sebahagian Afrika dan di Timur Tengah.

Terdahulu, dua wartawan Amerika Syarikat  Steven Sotloff dan James Foley juga telah diculik di Syria.  IS kemudian mengeluarkan video yang mendakwa pembunuhan Foley pada 19 Ogos, dan Sotloff dua minggu kemudian pada 2 September.

Penggal kepala tebusan, bolekah ia menjadi pengajaran  kepada negara-negara barat? (IH)

No comments:

Post a Comment