Wednesday, September 10, 2014

PKR Hentikan 'drama hindustan' . -Dr Zuhdi Marzuki


PAS meminta PKR supaya menghentikan 'drama hindustan' dengan meraih simpati rakyat seperti era Reformasi 1998, untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata teguran Abdul Hadi mengenai keupayaan Wan Azizah menerajui negeri itu dianggap "satu penghormatan" jika diteliti kemelut politik negeri itu termasuk sejak era Reformasi 1998.

Beliau mengumpamakan Wan Azizah seperti Abu Zar al-Ghifari yang ditegur tidak mampu menjadi pemimpin politik tetapi tetap dihormati apabila dianggap isteri mithali sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina pada 1998.

"Saya melihat teguran Abdul Hadi Awang itu bukan satu penghinaan, sebaliknya satu penghargaan malah satu penghormatan kepada Kak Wan yang telah melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri mithali.

"Bagaimanapun, pada pandangan saya usaha untuk menobatkan Kak Wan sebagai MB akan menjadikan semua reputasinya sebagai isteri mithali sebelum ini tercemar.

"Tidak mustahil dia akan disebut selepas ini sebagai 'MB Boneka' atau lain-lain gelaran yang tidak manis. Lebih malang lagi, ia akan menjadi 'benchmark' kepada kepimpinan wanita dalam mengetuai teraju utama siyasah di Malaysia," katanya.

Menurut Dr Zuhdi lagi, ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditinggalkan oleh kawan rapatnya, tetapi Wan Azizah terus setia dan percaya dengan kesetiaan suaminya.

"Beliaulah kemudiannya menggalas harapan suaminya sebagai simbol golongan yang dizalimi, dengan memimpin Parti Keadilan Nasional (PKN) dan kemudiannya PKR.

"Meskipun demikian, mereka yang rapat dengan Kak Wan semasa dia memimpin PKN dan sekarang PKR mengetahui secara lebih mendalam keupayaannya dalam melaksanakan amanah kepimpinan.

"Kak Wan adalah seumpama Abu Zar al-Ghifari, seseorang yang ada kelebihan hebat di bidang selain daripada amanah kepimpinan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata harapan rakyat Selangor mahu melihat kehebatan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang menteri besar Pakatan menerajui pentadbiran seperti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

"Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali dengan 'mini Malaysia'," katanya.
 (MK)

11 comments:

Anonymous said...

Zuhdi Marzuki pulak adalah pelawak Hindustan yg mencetus idea bergabung dengan UMNO untuk memerintah Selangor. Hati yg busuk. Dr Yusuf Qardhawi berkata kalau seorang itu ada title Dr tapi hati yg busuk tak perlu kita hormat dengan gelaran itu lagi.

Anonymous said...

Zuhdi ni katanya penyelidik.. kita tak tahu apakah metodologi penyelidikan yg dia guna.. data macamana yg dia ambil.. sejauh mana analisa yg dijalankan.. sangat meragukan dan very bias..

Anonymous said...

Bila timbul kebocoran whatsapp beliau.. bukan main beliau nafikan.. tak mengaku.. tapi bila ada sokongan puak UG terus pertahan pulak pendirian yg cuba dinafi tu.. nampak sangat flip flop pakar penyelidik ni..kalau betul dah menyelidik maka sepatutnya beliau pertahankan hasil penyelidikan.. nampak flip flop.zuhdi ni..

Monkey Shooter said...

Lagi Yahudi Marzuki ini bercakap semakin ramai pula yang membenci spesis ini. Nampaknya PAS ingin membaiki reputasi mereka dengan cara membiarkan Yahudi Marzuki ini berbicara sepanjang masa. Kalau zaman reformasi 1998, Tun Mahathir sebagai PM pernah tidak keluar langsung kenyataan atau kelibat beliau walaupun di mana-mana media selepas melihat kebangkitan dan kemarahan rakyat terhadap beliau yang memecat DSAI. Rupanya golongan Lebai Malang ini jauh lagi teruk dan jahil berpolitik berbanding para pemimpin UMNO. Mengekalkan spesis begini di dalam PAS maka dengan rendah hati diucapkan "Sayonara PAS".

abuamir said...

Kepada dr. ni cukup-cukuplah bermesyuarat dgn umno dlm gelap. Kau dgn geng UG lebih baik berambus dari PAS masuk umno. Nanti PRu14 semua geng UG jadi calon umno/bn nasib baik menang jadi menterilah kalau tidak jadi pencacai umno macam zul nordin dan hassan aqidah.

Kalau tiada kerusi apa2 kau org semua geng UG macam kucing kurap pada mata umno.

Anonymous said...

Zuhdi ni adalah penasihat hj hadi.. kalau memang betul wan azizah tak layak dari segi syarak kenapa pada mesyuarat 17 ogos hj hadi cadang nama wan azizah dan azmin. Nama wan azizah dulu disebut dlm cadangan tu dan azman sebagai alternatif.. lepas azmin tarik diri dan pkr kemuka nama wan azizah baru timbul isu wan azizah tak layak.. jadi ini dah jadi flip flop.. minggu ni layak .. minggu depan tak layak pulak..

Anonymous said...

Abu dzar tu dia nabi beritahu tak layak.. dan selamanya dia tidak layak.. nabi tak flip flop.. jadi kalau nak gunakan analogi abu dzar.. boleh tapi jangan lah flip flop.. kalau flip flop semacam ada udang galah balik mee hon

Anonymous said...

Sebenarnya drama hindustani ini adalah karangan zuhdi... menontonnya penuh kebosanan.. plot ceritanya berulang ulang.. skripnya cetek dan kaku.. ini doktor tak laku

Anonymous said...

Karya hindustani zuhdi marzuki ini.. dengan pelakon tambahan spt nik abduh, din ayam, takiri dan vellfire sesuatu yg sgt meloyakan untuk ditonton..

Anonymous said...

Zuhdi MArzuki...... kah kah kah.....

bgtau presiden pas.... udah2 la berdrama alim n zuhud

itu bukan lg filem hindu....

itu pilem munafikun

Anonymous said...

Nak d samakan PKR dgn hidustan..nampak sgt Dr Zuhdi ni pun makan pil kuda...
kalo ni lah barisan think tank TGHH...pakat hancorlah PAs PRU14...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails