Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.
"Secara
keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi
masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa
yang berlaku."Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.
Demikian lapor Malaysiakini.
BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi. Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.
Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Antara faktor ringkas kekalahan menurut Tuan Ibrahim seperti dilaporkan media,
- faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan PAS/PKR.
- mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.
- pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena.
- dalam masyarakat miskin, bantuan yang terlalu besar mungkin menjadi elemen.
- selain itu sogokan yang tidak dapat dinafikan juga akan pengaruhi golongan miskin.
- PAS akan buat post-mortem mengenainya.
"Saya reda dan sebagai calon parti saya ucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri," katanya ringkas. (IH)
Padey muko presideng pil kudo, barua and the broker.. kih kih kih kih.... kawe pom pakoh BN kali nim. beci ko ulamak sakit otok. Dop payoh cari alasey gapo lh !!!
ReplyDeleteRupanya lu dah sakit otok.. He he he
ReplyDeleteRamai sudah kecewa dengan gelagat pemimpin PAS suke berbelit dan tidak ada roh Islam dalam hubungan sesama manusia. Tiba masanya TGHH untuk letak jawatan dan puak ustaz yang fikirkan keduniaan untuk kembali ke pangkal jalan.
ReplyDeleteRamai sudah kecewa dengan gelagat pemimpin PAS suke berbelit dan tidak ada roh Islam dalam hubungan sesama manusia. Tiba masanya TGHH untuk letak jawatan dan puak ustaz yang fikirkan keduniaan untuk kembali ke pangkal jalan.
ReplyDeleteDulu aku sedih bila PAS kalah..tapi semalam aku gelak terkih..kih..kih..menyambut kekalahan...Sudah sudah la tu...w,pun tidak tidur sebantal tapi mimpi tetap sama...puashati buat puak fullamak yg bermimpi UG...hampehhhh
ReplyDelete