Wednesday, September 03, 2014

Rocker Perempuan Asal England Ini Gabung Dengan ISIS.

Rocker perempuan asal Inggris gabung dengan ISIS
Sally Jones saat masih bermain di grup musik rock (kiri) dan sesudah bergabung dengan ISIS (kanan). alarabiya.net

HALAMAN HIBURAN

SEORANG wanita separuh baya asal Inggeris, yang sebelum ini bercita-cita menjadi pemuzik rock, dikatakan telah bergabung dengan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) bersama suaminya berusia 20 tahun.

Sally Jones dilaporkan telah menyelinap masuk ke Syria setelah terlibat asmara di dunia maya dengan lelaki Inggeris, Junaid Hussain, yang juga suspek dalam pembunuhan wartawan Amerika Syarikat James Foley.


Demikian seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Isnin (1/9), memetik laporan akhbar the Daily Mail.

Sally, seorang mualaf dan ibu dari dua anak lelaki yang ditinggalkan di Inggeris. Kini menyebut dirinya sebagai Sakinah Hussain dan mengenakan hijab, seperti yang terdapat di akaun Twitternya. Dia menjadi penganggur dan hidup dari faedah kerajaan, Sally digambarkan oleh para jirannya sebagai perempuan yang kerap bertindak "gila-gilaan".

"Segala sesuatunya selalu tentang drama. Bahasanya tidak baik, anak-anaknya susah diatur dan dia sangat keras. Lelaki datang dan pergi tetapi dia hidup sebagai ibu tunggal dengan dua anak-anaknya," kata salah satu tetangga Sally.
"Dia (Sally) adalah mimpi buruk. Segala sesuatu tentang dia adalah ekstrem. Dia punya masalah dengan hutang. Bahkan dia mula berfikir dirinya adalah seorang ahli silap mata," ujar jiran lain.

Akhbar the Daily Mail mengatakan pada tahun 1990an Sally pernah menjadi pemain gitar di kumpulan muzik bernama Krunch, sebuah kumpulan muzik rock yang anggotanya semua wanita dan telah memainkan beberapa persembahan di Tenggara England.

Sebuah video di dunia maya memperlihatkan Sally, sekarang berusia 52 tahun, mengenakan skirt kulit pendek dan rambut pirangAkhbar the Daily Mail juga melaporkan dalam beberapa tahun terakhir dia menerima pakai pelbagai watak di dunia maya dan menjadi bahagian dalam forum teori konspirasi, sihir dan ilmu hitam.

Sally juga telah berkicau dengan isi kalimat kasar dan mengancam di samping foto dirinya sambil mengenakan cadar dan berpose dengan senjata.

"Suami saya sedang pergi ke kem latihan saat ini untuk menyegarkan 'kemahiran membunuh orang kafir'.  Jangan menangis sebab dia akan segera kembali," tulis Sally di Twitter dengan akaun UmmHussainAlBritani (@ UmmHussain101) pada 25 Ogos lalu.

Di bawah nama Umm Hussain al-Britani, dia telah menghantar mesej ancaman kepada pengguna Twitter Yahudi dan mengagumi Usamah Bin Ladin.

"Kamu orang Kristian semuanya perlu dipenggal dengan pisau tumpul dan dipamerkan di pagar-pagar sepanjang Raqqa. Datang ke sini saya akan melakukannya untuk anda!" kicau Sally yang diunggahnya beberapa hari lalu. Namun the Daily Mail menyebut kicauan itu kini telah dikeluarkan.

 (IH) 

1 comment:

Rockie Labu said...

dulu rock buka aurat, sekarang rock tutup aurat.

dulu usung gitar sekarang usung senjata bunuh org ikut ketua mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails