KL:Aktiviti pelacuran dan pondan di Lorong Haji Taib di
sini bagai tiada kesudahan. Jika dahulu kawasan itu dibanjiri pelacur
dan pondan warga tempatan, kini ia mula dikuasai warga asing.
Antara pelacur warga asing yang dikesan menjaja tubuh di lorong berkenaan ialah warga Indonesia, India, Vietnam dan terbaharu wanita Filipina. Mereka beroperasi di situ seolah-olah tanpa takut kepada pihak berkuasa walaupun terdapat sebuah balai polis yang terletak berhampiran kawasan itu.
Wartawan Kosmo! yang melakukan tinjauan di lorong berkenaan mendapati golongan tersebut pada mulanya agak malu-malu apabila berselindung di sebalik pintu namun mula memenuhi kaki lima jalan berkenaan mencari lelaki hidung belang mulai pukul 2 pagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila lagi Kerajaan BN nak selesaikan masalah ini? Kalau tak mampu berhenti jadi kerajaan. Sila belajar dan baca ini.. dan banyak lagi kisah-kisah penutupan pusat lacur Dolly S'baya,
1 comment:
kalau tanya nazri aziz dia tentu jawab: "... sengaja tak selesaikan sebab itu salah satu tarikan perlancungan, satu aset perlancungan di neara kita.."....kah..kah..kah..!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment