Thursday, September 18, 2014

Tiada Pemimpin Tertinggi DAP/PKR Hadir Muktamar Hari Ini, Mengapa?




Kelibat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat seperti Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kelihatan di Muktamar PAS 2014 di Johor yang bermula hari ini. Gambar fail The Malaysian Insider. Kelibat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat seperti Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kelihatan di Muktamar PAS 2014 di Johor yang bermula hari ini. Gambar fail The Malaysian Insider. Pemimpin tertinggi rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR tidak kelihatan ketika berlangsungnya perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pagi tadi.

Demikian lapor Th Malaysian Insider hari ini.

Menurut injauannya, mendapati PKR menghantar wakil Naib Presiden mereka Chua Tian Chang dan Shamsul Iskandar Mat Akin, manakala DAP diwakili Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Kelibat Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak kelihatan.
Mengapa?

Menurut sumber melalui IH, tindakan itu dipercayai berpunca daripada kemelut krisis menteri besar Selangor yang melanda kerajaan PR Selangor sehingga menyebabkan rakan komponen pembangkang itu bertelagah.

Awal tahun ini, PKR memulakan Langkah Kajang untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Anwar, walaupun masih belum jelas kesalahannya dari sudut perundangan. Sehingga PKR dikatakan menzalimi ahlinya sendiri.  Khalid dipecat daripada partinya pada Ogos lalu.

Anwar yang sepatutnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah dalam kes Liwat II melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

PR juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu itu apabila Presiden PAS, Abdul Hadi, mengemukan calon MB tambahan disamping calon satu-satunya pilihan PKR iaitu presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar sendiri. Abdul Hadi mengemukakan beberapa calon tambahan sebagai MB menepati saranan Sultan yang mahu lebih dari satu nama calon.

Apakah kerana itu yang memberi kesan penyebab pemimpin tertinggi rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR tidak kelihatan ketika berlangsungnya perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pagi tadi?

Kalau sama-sama sanggup menghadapi  'musuh besar hantu BN', takkanlah perkara sekecil ini tidak dapat diselesaikan. Tinggalkan perjuangan peribadi, tumpukan pakatan. Tumbangkan BN, insya Allah! (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

3 comments:

  1. Ini jawapan terbaru yg diterima dari DAP dan PKR mengenai ketiadaan pemimpin2 mereka sewaktu Muktamar PAS di Batu Pahat.

    DAP: Tidak lamai pengundi Cina di Muktamar....itu pasat kita olang talak mali

    PKR: Wakil kami sudah ada dalam PAS dan mereka telah pun tanpa gagal mewakili kami selama ini. Jadi tiada perlu pertindihan.

    ReplyDelete
  2. Kalau PAS menikam rakan2 dalam pakatan bagaimana pimpinan tertinggi pakatan akan hadir. Presiden PKR dicerca oleh Presiden PAS yg berlatar belakang agama yg mana dalam Islam dilarang cercaan yg mengaibkan. Mungkin ilmu tasauf kurang dipelajari oleh pimpinan PAS tapi mereka dah khatam ilmu Michavelli.

    ReplyDelete
  3. pkr = umno. anwar = mahathir. tak de beza. sama jahat.

    ReplyDelete