Jilboobs diertikan sebagai tudung boobs (berjilbab tetapi bahagian dada tetap kelihatan), kerana fesyen atau hijab yang dikenakan terlalu ketat atau membentuk lekuk tubuh. Mungkin di luar sana masih ramai muslimah yang tidak ambil kisah terhadap gaya berpakaian jilboobs.
Maka agar penampilanmu tidak ikut-ikutan atau disebut seperti jilboobs, sebaiknya ikuti tips berikut...
Satu: Kenali bentuk tubuhmu
Hal pertama yang perlu dilakukan adalah kenali terlebih dahulu bentuk tubuhmu. Jika kamu termasuk yang bertubuh cukup gemuk dengan bahagian dada cukup besar, gunakan fesyen yang agak longgar. Atasan batwing, oversized blouse, oversized cardigan, boleh menjadi pilihan yang tetap ingin tampil bergaya. Selain itu, baju sejuk juga boleh menjadi pilihan ketika berpergian.
Ini juga berlaku untuk yang bertubuh kurus dan langsing, bukan bererti kamu merasa tidak gemuk lantas boleh dengan bebas mengenakan pakaian ketat. Tetaplah gunakan busana sopan dan perhatikan apakah bahagian penting tubuhmu kelihatan menarik.
Dua: Gunakan hijab panjang dan syar'ie
Syarat penting berhijab adalah menjulurkan hijab hingga menutupi dada, untuk itu gunakanlah hijab panjang seperti pashmina atau selendang. Tudung segiempat pun tetap boleh digunakan asal masih tetap menutupi dada.
Tiga: Tambah selendang
Jika bahagian dada masih kelihatan juga, tambah selendang sebagai variasi dalam berhijabmu. Selain lebih syar'ie, gayamu juga akan kelihatan lebih fashionable. Selamat bergaya cara syar'e. (IH)
No comments:
Post a Comment