Dr Wan Azizah Wan Ismail
SHAH ALAM – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail gagal menunjukkan kredibilitinya sebagai pemimpin walaupun beliau Presiden PKR dan pernah menjadi Ketua Pembangkang.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata, penglibatan Adun Kajang itu dalam politik juga hanya secara kebetulan, bukan kerana kepimpinannya.
Katanya, memang ketara kelemahan Dr Wan Azizah ketika berhujah di Parlimen.
"PKR juga berdepan dengan banyak masalah seperti isu pemilihan yang berpunca daripada kelemahan pimpinan.
“Banyak keputusan PKR dibuat oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berdasarkan penilaian ini, ia jelas menunjukkan kegagalan Dr Wan Azizah sebagai pemimpin,” katanya.
Katanya, alasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kerana kurang pengalaman politik, ada asasnya.
“Ini kerana Abdul Hadi sudah lihat kepimpinan Dr Wan Azizah dalam parti dan sebagai Ketua Pembangkang kurang menyerlah. Mungkin Abdul Hadi risau, orang lain akan membuat keputusan untuk Dr Wan Azizah jika beliau jadi menteri besar.
“Ia bukan saja membahayakan parti, tapi bakal merosakkan Selangor. Jika mahu jadi menteri besar, keputusan hendaklah dibuat atas kepentingan rakyat dan negeri, bukan orang di belakangnya,” katanya. (SH)
No comments:
Post a Comment