Monday, October 13, 2014
3 Kelab Malam Diserbu Polis, Lagi Jenayah P/Hiburan
Sebahagian GRO ditahan di tiga buah pusat hiburan di ibu negara yang diserbu polis semalam.
KUALA LUMPUR – Empat hari selepas berlaku serangan bom di kelab malam Cherry Blossom di bangunan Sun Complex di Bukit Bintang pada Khamis lalu, kelmarin polis bertindak menggempur pusat hiburan itu dan dua buah pusat hiburan lain di ibu kota.
Dalam serbuan serentak itu, seramai 107 orang gadis pelayan (GRO), tujuh pelanggan dan dua penjaga pusat hiburan ditahan. Dua buah lagi pusat hiburan yang digeledah ialah pusat hiburan Thai Club di Jalan P. Ramlee dan Deluxe Club di Jalan Ampang.
Ketiga-tiga kelab malam itu digempur selepas siasatan mengesyaki GRO-GRO yang bekerja di premis itu menawarkan khidmat seks dengan bayaran serendah RM50 hingga RM300 seorang. (Kosmo!)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment