Friday, October 03, 2014

Azmin Masih Di'remote-control' Anwar? -MCA


MCA menyatakan rasa kecewa kerana Menteri Besar Azmn Ali didakwa masih dikawal 'remote-control' oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Azmin nampaknya masih dikawal jauh oleh Anwar,” kata pengerusi publisiti MCA Wilayah Persekutuan, Lau Chin Kok dalam satu kenyataan semalam.

Lau merujuk kepada tindakan Azmin yang mengekalkan Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri, yang dianggapnya “meletakkan Selangor dalam tangan kotor Anwar”. Pejabat penasihat ekonomi ditutup pada hari terakhir perkhidmatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar pada 22 September lalu


Lau (kiri) mendakwa Khalid dipaksa berundur kerana enggan beralah kepada Anwar dalam isu penstruktruran semula industri air Selangor.

"Rakyat perlu diingatkan bahawa krisis air yang berlaku di Selangor tidak lain lagi disebabkan oleh halangan Pakatan Rakyat dalam pembinaan Langat 2," katanya.

Katanya, MCA berharap Azmin akan menunjukkan ketahanan dalam menjaga kebajikan rakyat “tanpa rasa takut dan pilih kasih”.

Beliau juga menyeru agar anggota exco PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal pendidikan untuk memberi layanan adil kepada semua sekolah di negeri itu.

"Ini termasuk memberi geran berjadual kpeada sekolah Cina tepat pada waktunya,” tambah Lau. (MK)

Lihat.. 
E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?
E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?

No comments:

Post a Comment