KL: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) membantah keras kehadiran tokoh Islam Liberal dari Indonesia, Ulil Absar Abdalla sebagai 'tetamu utama' diskusi meja bulat: Tantangan Fundementalisma Agama Abad Ini yang dianjurkan oleh Islamic Renaissance Front dan Global Movement of Moderates Foundation pada 18 Oktober ini.
Setiausaha Agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata Ulil terlalu banyak mempersoalkan nas-nas agama yang bersifat qat'i dan dengan sendirinya merendah-rendahkan hal ehwal agama Islam.
"Perkara ini sinonim dengan organisasi beliau iaitu Jaringan Islam Liberal (JIL) di mana fahaman ini telah diharamkan di Indonesia dan juga negara kita Malaysia," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, kehadiran Ulil sebagai tetamu utama adalah sangat tidak sesuai bahkan kelihatan mencabar autoriti agama Islam di negara ini.
Justeru, tegasnya PUM meminta supaya Jakim dan pihak berautoriti supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya agar idea-idea Islam Liberal yang telah diharamkan di Malaysia tidak dikembangkan secara halus. - HARAKAHDAILY 8/10/2014
K0men Weblog Ibnu Hasyim: Sokong PUM!
3 comments:
Jangan sesiapa terlepas pandang
Hendak babi dan lauk melayu terhidang dalam satu meja, sokong lah ulil ! Habis makan, minum carlsberg, minum wine, minum todi semua pun boleh.
Teringat Tuhan, masuk gereja, masuk kuil....
Bakal terjadi dengan kekalutan Pemimpin2 Melayu sekarang yang sudah luntur akidah dan keimanan agak nya. Mereka semakin lupakan Amanat terakhir Nabi SAW....
Tidak kah mau berhujah/dakwah dgn dia apa pesanan nabi saw kpd kebenaran islam dn dimana salahnya anggapan dia?
Post a Comment