Monday, October 06, 2014

Bot Tempur TLDM CB90, 7 Tentera Hilang Hingga Kini. Dirampas?

Foto
FOTO ihsan TLDM

Bot tempur terputus hubungan
Kota Kinabalu: Tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan dengan menaiki bot tempur jenis CB90 bernombor panji CB204 terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.

Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Serang. Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus.

Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan. Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.

Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun twitternya, mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan anggota terbabit.

CB90 adalah antara aset terpenting milik TLDM kerana kemampuannya untuk tiba ke lokasi sasar dalam masa terpantas. Bot tempur itu juga boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik. Bot ini turut digunakan oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada kemungkinan dirampas? Kita tunggu berita lanjut dengan doa kesejahteraan.

2 comments:

Anonymous said...

Dirampas oleh TLDM sendiri...je3

Anonymous said...

Semoga mereka selamat yang berada dalam bot berkenaan..amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails