Monday, October 13, 2014

Calon MB S'gor: Apa Masalah Hantar Satu Nama? -Anwar.


Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Gara-gara disindir kerana gagal meyelesaikan segera krisis politik membabitkan kedudukan menteri besar Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membersihkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR). Lapor mStar hari ini.

Menurut berita itu lagi, menggunakan sesi perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Isnin, ketua pembangkang itu melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat dimurkai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung krisis politik negeri itu.

"Saya tak mahu istilah murka digunakan. Perkataan murka ini (sesuai digunakan) bila kita langgar, tak hormat raja.
"Tapi saya belum keluar kenyataan yang mempertikai kedudukan raja-raja Melayu sama ada dalam atau luar dewan (Dewan Rakyat)," katanya pada sesi perbahasan peringkat dasar di Parlimen.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 menyindir pembangkang kerana membiarkan krisis politik Selangor berlarutan selama beberapa bulan. Menurut Najib, tidak seperti pihak pembangkang yang sibuk bertelingkah kerana mabuk kuasa hingga dimurkai Istana, kerajaan Barisan Nasional tetap konsisten dalam membangunkan taraf kehidupan rakyat.

Pada sesi pagi Isnin itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh turut melenting apabila diajukan dengan soalan mengapa PKR enggan mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar seperti yang dititahkan Sultan Selangor.

"Saya nak tanya Permatang Pauh (Anwar) mengapa susah sangat nak beri lebih daripada dua nama? Mengapa tak ikut permintaan?," demikian soal Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) ketika mencelah sesi perbahasan Anwar.

Tidak senang dengan soalan berkenaan, Anwar berkali-kali mempertahankan keputusan PKR untuk hanya mengemukakan nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan kontroversi itu.

"Apa masalah hantar satu nama? Itu keputusan parti. Ditolak dan dikemukakan satu nama ganti. Jadi apa masalahnya?
"Tak setuju? Ok, kita bagi nama lain. Yang nak sibuk suruh bagi tiga nama kenapa?," katanya.

Lihat sebelum ini..

 E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'? 
  E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?

7 comments:

XUMNO said...

Apa masalah hantar tiga nama? Bukan hak awak, Nuar nak persoal hak orang lain. PKR kamu hantar satu nama ke atau sepuloh nama siapa peduli? Cuma Sultan minta lebih dua nama, maknanya tiga, empat atau lebih. Takkan awak dah tak tahu kira, lebih dua , satu ke?

Anonymous said...

Sultan yg diMurkai Allah UG pembela tegar

Anonymous said...

memang tak da masalah,
sultan mintak 3.. apa masalah? bagi la!
yg nk kelirukan org ramai dan putar belit permintaan sultan sampai sultan plak nmpk mengarut?
kata anwar --"Tak setuju? Ok, kita bagi nama lain. Yang nak sibuk suruh bagi tiga nama kenapa?,"--
>> 'sibuk'??
inilah yg sultan murka, kurang sopan dan tidak langsung hormat sultan dan mengikut nafsu, sultan mintak 3, dia BERDEGIL nak bg satu jugak, ANWAR TAK HORMAT RAJA2 MELAYU

Anonymous said...

Aku dah hilang hormat pada dsi...

Anonymous said...

Ketum always right orang lain tak betul. Belum jadi PM dah tunjuk belang. Kesilapan ketum cuba sultan macam tunggul. Zaman Ketum dah hampir tamat tak reti-reti nak berhenti ke.

Anonymous said...

Ketum always right orang lain tak betul. Belum jadi PM dah tunjuk belang. Kesilapan ketum cuba sultan macam tunggul. Zaman Ketum dah hampir tamat tak reti-reti nak berhenti ke.

Anonymous said...

Ketum pergi la jadi KM Penang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails