Ilustrasi (http://metro.co.uk/)
MEKAH: Polis lalulintas Kota Mekah, Arab Saudi, melarang ibu bapa untuk membawa anaknya ke sekolah dengan menggunakan motor. Sehingga, polis Kota Mekah akan menghukum penunggang motor yang ketahuan membonceng anak-anak ke sekolah.
Jurucakap Polis Kota Mekah, Kapten Ali Al Zahrani, sebagaimana dikutip dari laman Saudi Gazette, Khamis 16 Oktober 2014- berkata, peraturan itu untuk melindungi keselamatan penunggang. Selain itu, juga untuk memperlancar arus lalulintas di jalanan Mekah.
Dia menambah, polis Kota Mekah akan menggalakkan sekatan untuk mencegah para ibu bapa menghantar anak ke sekolah. Polis akan bertindak tegas ke atas setiap penunggang yang mengantarkan anak sekolah.
Al Zahrani menjelaskan, mengendara motor sangat berbahaya. Oleh sebab itu penunggang motor diwajibkan menggunakan topi keledar dan keselamatan lain. Selain itu, penunggang motor di Mekah kerap menuai kritikan kerana kerap kali melanggar peraturan lalulintas.
Pelanggaran peraturan lalulintas itu juga dilakukan penunggang motor di Mekah setiap menghantar anak mereka ke sekolah. Langgar lampu merah merupakan pemandangan yang kerap terjadi. Kerana dianggap tidak memerhatikan keselamatan peribadi dan orang lain, maka larangan ini dibuat.
Namun bukan berarti larangan itu tidak mendapat perlawanan. Sejumlah wali murid yang selalu mengantarkan anaknya ke sekolah dengan motor mengajukan protes. Sebab mereka mengaku tidak punya alternatif lain untuk mengantar anak.
Motor itulah satu-satunya kenderaan yang ada di rumah. Selain itu bas sekolah atau pengangkutan lain juga tidak ada.
Jurucakap Direktorat Pendidikan Kota Mekah, Abdulaziz Al-Thaqafi, mengatakan dinasnya terus berusaha meningkatkan pengangkutan untuk para murid.
Al-Thaqafi berkata, projek pengangkutan sekolah sedang dilaksanakan. Dia juga meminta semua jabatan pengawasan melawat sekolah dan memastikan persediaan pengangkutan bagi pelajar. (IH)
Sama macam kat Malaysia
ReplyDeleteKalau tak mau kejadian begini sepatutnya pemerintah keluar belanja untuk sediakan system pengangkutan awam macam di Singapura atau di UK.