
Kerajaan hari ini enggan mendedahkan kos khusus satu penerbangan yang membawa isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia untuk menerima satu anugerah dari komuniti Minangkabau.
Beliau yang juga setiausaha organisasi DAP turut menggesa kerajaan agar mendedahkan identiti penumpang lain dan kos penerbangan itu.
Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab penerbangan itu adalah atas urusan rasmi.
"Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan di mana ia digunakan atas urusan perdana menteri.
"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah di dalam anggaran yang bersesuaian dengan kosnya," jawapan Shahidan dipetik.
Pesawat itu dikesan laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang dan ke Singapura sebelum kembali semula ke KLIA pada 27 Ogos. (MK)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

No comments:
Post a Comment