Sunday, October 05, 2014

Ini, Kumpulan Islam Terkenal Di Dunia Dianggap Pengganas?

Aquele dia ... #TRISTE . .. !!! #13Anos . #WTC . Bom dia. .!!!

MENURUT halimislam.blogspot.com  'Pejuang Islam paling terkenal di dunia yang dianggap pengganas' hari ini..

"Masalah keganasan sudah menjadi musuh bagi semua negara di dunia, terutamanya di negara-negara barat. Walaupun menurut pandangan kita sebagai umat islam pengganas ini mempunyai tujuan yang jelas dan mulia disisi agama. 
"Tetapi tetap saja bagi kebanyakkan negara menganggap kumpulan pengganas ini sebagai musuh negara. Inilah dia diantara pejuang-pejuang menegakkan kebenaran (atau) dan pejuang Islam yang dianggap sebagai pengganas yang paling terkenal di dunia.." menurut blog itu lagi.
Kumpulan ini ditubuhkan pada bulan Julai 1992. Kumpulan ini adalah kumpulan pembangkang kerajaan Algeria yang selalu melakukan aksi-aksi pembangkangnya dengan keganasan. Kumpulan ini mula terkenal di dunia selepas turut serta dalam aksi rampasan pesawat Air France 8969 pada tahun 1994.

9. Aden-Abyan Islamic Army
Kumpulan ini adalah kumpulan Jihad Islam yang terkemuka di Timur Tengah. Namun begitu jemaah kumpulan ini berada di Yaman. Tidak jelas masa bila kempulan ini ditubuhkan, tetapi kumpulan ini mula terkenal di dunia selepas peristiwa penculikan 16 pelancong asing pada tahun 1998 di bandar Abyan.

8. Jemaah Ansar al-Sunna
Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2003. Kumpulan ini ialah kempulan yang menentang kerajaan Iraq pada masa Nouri al maliki dan penentang keras pendudukan Amerika Syarikat di negeri 1001 malam itu.
 
7. Revolutionary Armed Forces of Colombia
Kumpulan pengganas Colombia ini dianggap masih setia dengan fahaman sesat Marxisme-Leninisme dan dianggap sebagai salah satu perdagangan dadah dunia. Ditubuhkan pada tahun 1964 dan hingga kini masih tersenarai.  Ada 12 ribu pejuang dari kempulan ini yang setia merompak duit orang-orang kaya untuk diberikan kepada masyarakat miskin.
 
6. Kurdistan Worker 's Party
Dikenali sebagai PKK, kumpulan ini ditubuhkan pada 27 November 1978 di Turki dan berorientasikan untuk memerdekakan negara Kurdis. Wilayah operasinya berada di Turki, Iran, Syria dan Iraq.
 
5. Liberation Tiger of Tamil Eelam
Kumpulan pengganas yang paling berpengaruh di Sri Lanka, ditubuhkan oleh Velupillai Prabhakaran pada bulan Mei 1976. Dan hingga kini diharamkan di 32 negara di dunia kerana aksinya yang telah banyak membunuh pemimpin Sri lanka dan India
 
4. Hezbollah
Salah satu kumpulan pengganas yang paling berbahaya di dunia. Kumpulan pengganas ini berpusat di Lebanon, tetapi juga wujud di Iran dan Syria. Orientasi utamanya adalah memerdekakan negara-negara Syiah dari penjajahan Amerika Syarikat.
 
3. Taliban
Taliban adalah organisasi pengganas yang ditubuhkan oleh suku Pashto dengan sokongan beberapa negara Islam seperti Arab, Chechen, Uzbek, Tajik Punjabi. Sebahagian besar anggotanya adalah mahasiswa. tujuan utamanya adalah menghalau penaklukan tentera NATO di Afghanistan dan kawasan-kawasanya.
 
2. Hamas
Singkatan daripada "Harakat Al-muqawama Al-Islamiah", Hamas adalah kumpulan sosio-politik yang dianggap sebagai pengganas Palestin yang ditubuhkan pada tahun 1987. Organisasi ini ditubuhkan dengan tujuan Jihad dan untuk melepaskan Palestin dari penjajahan Israel. Dikenali kerana pelaku bom bunuh diri yang berani, kumpulan pengganas ini secara signifikan disokong oleh Hizbullah untuk membunuh orang awam Israel dan pegawai pertahanan.
 
1. Al-Qaeda
Siapa yang tak kenal dengan Al-Qaeda. Kumpulan-kumpulan yang dianggap sebagai pengganas terbesar di antara semua kempulan pengganas di seluruh dunia. Kumpulan ekstrimis Islam ini ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Osama bin Laden, Kumpulan ini terkenal di seluruh dunia selepas serangan 11 September. Walaupun pemimpin utamanya iaitu Osama dikatakan sudah terbunuh, tetapi organisasi ini tetap hidup.      

PERHATIAN:   
MENURUT halimislam.blogspot.com
Ungkapan atau panggilan pengganas pada sebahagian kumpulan di atas ini adalah senarai rasmi yang dibuat oleh Inteligen Dunia dan telah diakui secara rasmi sebagai kumpulan-kumpulan pengganas lebih dari 10 negara daripada jumlah ahli PBB. 

Jika ada yang menganggap 10 kumpulan di atas sebenarnya bukan pengganas tetapi adalah pejuang Islam, saya juga tidak menyanggahnya, kerana memang saya sendiri juga sependapat semdemikian pada setengah kempulan-kempulan ini.  

Mengenai pandangan positif atau negatif anda boleh putuskan sendiri. Hal ini hampir sama seperti menentukan aksi Robin Hood yang mencuri, tetapi untuk membantu orang-orang miskin. Baik dan buruknya adalah bergantung pada pandangan masing-masing.
Pandangan ini tidak semestinya pandangan dari weblog Ibnu Hasyim. com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails