Wednesday, October 01, 2014

ISIS: Tentera Iraq Tak Boleh Buat Apa-apa. -Obama

ISIS di gerbang Baghdad
ISIS. ©scotsman.com

Anak Obama diancam akan diculik jika Amerika serang Suriah

Kenyataan ini jelas menampar muka Presiden Amerika Barack Hussein Obama yang sebelumnya memandang ISIS sebelah mata. Kini Obama mengatakan tentera Iraq tak boleh buat apa-apa. 

Kumpulan Negara Islam untuk Iraq dan Syam (ISIS) memang tengah digempur oleh Amerika Syarikat beserta sekutu mereka, Inggeris dan Arab Saudi melalui kekuatan udara. Mereka memang sibuk membalas namun di tengah-tengah persengitan, namun ISIS diam-diam menjalankan rancangan terbesar mereka. Menduduki Ibu Kota Baghdad, jantung Iraq.

ISIS membelah diri mereka. Satu kekuatan berusaha menghalau pasukan Barat, di sisi lain mereka  mendekati Baghdad dan bertempur dengan pasukan kerajaan Iraq. Perlawanan tak terhindar. Dianggarkan 1,000 tentera menjadi korban, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail (29/9).

Pelampau paling menakutkan saat ini ternyata pelan-pelan telah menakluk sejumlah desa dan bandar di sempadan Baghdad. Hanya tinggal selemparan jemuran ISIS bakal mewujudkan mimpi mereka membentuk kekhalifahan.

Laporan mengenai ISIS berada kurang dari dua kilometer dari Baghdad dilansir oleh Yayasan Bantuan dan Rekonsiliasi Timur Tengah, sebuah organisasi dibentuk oleh Gereja St George, satu-satunya gereja Anglikan di Iraq.  


"Mereka semakin mendekati ibu kota. Tinggal selangkah lagi dan kemungkinan besar berlaku," organisasi itu menuliskan status di jejaring sosial Facebook.

Kenyataan inilah dikatakan jelas menampar Presiden Amerika Barack Hussein Obama sebelumnya memandang ISIS sebelah mata dan kini mengatakan tentera Iraq tak boleh buat apa-apa. Canon Andrew White pemimpin organisasi itu berkata memang benar tentera Baghdad lemah namun serangan udara juga tidak melakukan apa-apa. 


"Kami hanya memerlukan doa anda sekarang," ujar Canon White.

Misi ketiga Angkatan Udara Inggeris mengalami kegagalan mencari sasaran pelampau. Obama sendiri akhirnya mengakui ini pertempuran rumit melibatkan tentera serta politik. Amerika Syarikat telah meremehkan perang saudara di Syria, cikal bakal peristiwa yang membentuk pelampau paling memusingkan sejagat, ISIS.

Ramalan pemerhati pengganas juga benar. Beberapa kali kejadian penggorokan wartawan dan pegiat kemanusiaan merupakan kedok untuk gebrakan lebih besar lagi. Akan sangat sukar jika ISIS boleh merampas Baghdad dan menduduki sektor-sektor penting termasuk markas tentera dengan alutsista mumpuni. Mereka boleh lebih besar lagi dan mampu bertahan dari gempuran Barat. (IH)


Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails