Friday, October 17, 2014

Kepalanya Bercerai Dari Badan Jam 3 Ptg Ini, Jika Tuntutan Gagal..


Stefan Viktor Okonek dan isteri akan disembelih oleh Abu Sayyaf jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

MANILA: Kumpulan Militan di selatan Filipina, Abu Sayyaf mengugut untuk menyembelih seorang daripada pasangan rakyat Jerman yang ditawan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Abu Sayyaf menuntut tebusan sebanyak 250 juta pesos (RM18 juta) selain mendesak kerajaan Jerman menghentikan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.
Kumpulan militan berkenaan mengugut untuk menyembelih seorang daripada dua warga Jerman itu pada Jumaat.

Komander Tentera Filipina di Jolo, Colonel Allan Arrojado berkata, berikutan itu, pihaknya telah mengarahkan lebih banyak rondaan dibuat untuk mengesan mangsa.

"Kami telah bersedia untuk operasi penguatkuasaan.
"Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk tidak membahayakan nyawa mereka," katanya kepada pemberita.

Mangsa, Stefan Viktor Okonek dalam satu temubual radio pada Rabu berkata, dia telah dikurung di dalam lubang yang dikatakan akan menjadi kuburnya jika tuntutan kumpulan itu tidak dipenuhi.

"(Abu Sayyaf) memberitahu lubang ini adalah kubur saya," katanya.

Pasangan itu ditawan ketika berlayar di sekitar Palawan berhampiran Sabah pada April lalu. Jurucakap kumpulan militan itu, Abu Rami berkata, mereka akan memenggal kepala warga Jerman itu pada pukul 3 petang waktu tempatan sekiranya tuntutan yang dibuat tidak dipenuhi. (mStar)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails