Sunday, October 05, 2014

Konspirasi Musuh Islam Antarabangsa. -Nik Mohamad Abduh

Oleh NIK MOHAMAD ABDUH 
 
Islam tanpa syariat. Ya, ia adalah konspirasi musuh Islam antarabangsa.

Gerakan Islam yang istiqamah berjuang menegakkan agama dan syariat Islam mestilah dilumpuhkan. Di sisi mereka, inilah musuh Yahudi yang akan mengancam survival mereka dan sekutu mereka.

Mereka telah lakukannya di Mesir. Sehebat mana Mursi memilih laluan demokrasi yang sempurna tetapi beliau telah menggunakannya untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil. Itu ditakuti barat. Justeru Mursi mesti ditumbangkan lebih awal sebelum auranya merebak ke seluruh dunia Islam.

Ikhwanul Muslim yang mengepalai perjuangan menegakkan syariat Islam hari ini dipenjarakan daripada aktif di laluan demokrasi besi.

Mereka juga telah melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan oleh fatwa para ulama muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al-Asad mestilah disekat kerana ia pasti akan berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya.

Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstrimis terlarang seperti ISIS. Maka Syria hancur dan fitnah ugama berterusan memporak perandakan Syria, negara yang dipenuhi para ulama besar.

Mereka telah cuba menghancurkan HAMAS di Palestin. Bilionan wang ringgit telah dibelanjakan walaupun terpaksa menerima hakikat kekalahan kepada singa-singa Allah yang kian mendekati Baitul Maqdis.

Mereka sesekali tidak akan berputus asa. Perang di Palestin akan terus dicetuskan walaupun dengan alasan nyamuk sehinggalah mereka berjaya menghancurkan HAMAS.

Di Turki, mereka membenarkan Erdogan dan partinya bergerak dalam perjanjian yang mengikat. Tiada Syariat Islam dan tiada seruan ke arah itu. Tentera Turki yang jauh lebih sekular daripada tentera Mesir memerhati dengan tajam.

Di Yaman, Syeikh Abdul Majid Zindani dan parti Islahnya mesti ditumbangkan sebelum harum auranya memikat seluruh negara Yaman. Mereka membakar dan menghasut kumpulan Syiah Houthi Zaidiyah yang tidak pun dimusuhi oleh Syeikh Zindani agar memberontak dan menggempur Sana'a. Universiti sarat ilmu Syeikh digempur sedangkan kedutaan Amerika tidak pun disentuh walaupun slogan mereka adalah 'Maut buat Amerika'.

Begitulah perancangan jahat musuh Islam antarabangsa bagi menyekat kebangkitan Islam yang semakin diterima rakyat. Semuanya dilakukan samada secara perang memerangi pengganas atau lebih licik, menimbulkan fitnah ke atas gerakan Islam daripada dalam.

Misi mereka adalah menukar laungan perjuangan menegakkan syariat Islam kepada perjuangan Islam tanpa syariat.

Ya, mereka menerima hakikat umat Islam sedang kembali kepada ugama dan sedang meninggalkan pemikiran warisan penjajah yang sedang nazak bersama parti-parti politik mereka yang korup.

Tetapi mereka mesti melumpuhkan seruan ke arah Islam yang menyeluruh dan menggantikannya dengan Islam yang mereka boleh terima dan berkompromi dengannya. Maka dijaja projek Islam tanpa Syariat. Dijadikannya manis dan harum dengan seruan ke arah maqasid syariah yang bermatlamatkan keadilan buat semua.

Mereka bercakap mengenai keadilan untuk semua. Inilah Islam. Apa yang dilihat adil oleh mereka, maka itulah Islam walaupun ianya diukur sebaliknya oleh syariat Islam. Mereka bersedia dengan akalan untuk mentakwilkan maksud nas dan hukum ugama.

Akhirnya lenyaplah seruan ke arah syariah Islam yang merupakan maksud sebenar bicara mengenai Maqasid Syariah dan Siyasah Syar'eiyah.

Begitulah fitnah melanda gerakan Islam di seluruh dunia. Fitnah krisis identiti.

Di Malaysia, PAS konsisten berjuang menegakkan ugama di dalam negara. Mengekalkan kebaikan yang sudah sedia ada dan berjuang menyeru kepada syariat dan sistem Islam yang menyeluruh berpandukan al Quran dan al Sunnah yang tidak diimani atau diragui oleh pemerintah.

Itulah maksud sebenar Islam sebagai ugama persekutuan.

Ini telah merimaskan barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan BN yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang adalah cukup merimaskan.

PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR. Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam.

Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulamak PAS yang diketuai al Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai Presiden PAS.

Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan TGHH dan memperlekeh Majlis Syura Ulamak PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, YA.

Ahli dan pendukung PAS mestilah dalam kesedaran yang tinggi.

Selamat menyambut Eidul Adha. Semoga Allah menerima amal kita pada hari-hari 10 Zulhijjah yang agung ini.

Penulis ialah AJK PAS Pusat.

6 comments:

  1. Habis ulama yang patut membimbing pula kaki fitnah dan menikam dari belakang,mana perjuangan ta kalah.

    Ulama yang memandu Velfire mengutip derma dari petani miskin.Susah lah Abduh lebih baik kau diam.Nengok muka kau dan dengar nama kau aku dah na muntah.

    Tengok tingkah laku kau boleh membuat aku was was kpd TGNA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat abduh ni apa kelulusan dia.... takat lulus pakistan .. dia ni pun gelar diri dia ulamak ke.. cara cakap, menulis dan bawak diri dia ni menunjukkan bodoh sombong.. org bodoh beginilah sikap dan caranya macam si abduh ni..

      Delete
  2. Apa bendanye hubungkait dgn antarabangsa. Sendiri buat taik...nak tuduh orang luar pulak. Sendiri senyap2 nak bergabung dgn umno...parti pakatan lain yg nak disalahkan. Sendiri yg melulu tuduh orang tanpa usul periksa...nak salahkan org lain pulak. Apa punya Pas Pis Pus la kau ni

    ReplyDelete
  3. UMNO yang hendak kan Islam tanpa syariat, tulah musuh Islam kat Malaysia. Pandai pandai kau buat alasan nak cover Gang gang UG (Ustaz Gila) kau,
    Tujukan kau simpati kat fakir miskin duduk katMalaysia tak kira Agama dan hidup miskin mcm mereka. Baru aku percaya kau nak menegak syariat Kat Malaysia ni

    ReplyDelete
  4. Adakah Ketum ejen mereka ?

    ReplyDelete
  5. Sellagi geng UG Wujud Dlm pas.jgn harap aku Akan pangkah pas pru 14.shame on u ularmak!!!!!

    ReplyDelete