Sunday, October 12, 2014

Lagi Jenayah P/Hiburan. Mereka Ini Sembunyi Dalam Plastik Sampah?

SEBAHAGIAN GRO yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Tindakan seorang gadis pelayan pelanggan (GRO) menyorok di dalam plastik sampah hitam bagi mengaburi mata pihak berkuasa ternyata gagal apabila dia ditahan bersama 20 lagi rakannya dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan SS7, Kelana Jaya di sini kelmarin.

Serbuan selama tiga jam bermula pukul 11.45 malam oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu berjaya menahan kesemua GRO yang berusia antara 22 dan 40 tahun.

Ketua Operasi D7, Asisten Komisioner Muhamad Mohd. Jais berkata, serbuan ini hasil risikan pihaknya yang mendapati kelab malam tersebut turut menawarkan GRO warga asing bagi mengumpan pelanggan hidung belang. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini lagi bahadi atau bahana kegiatan pusat hiburan atau kelab malam. Kerajaan nampaknya terus pekak tidak peka untuk menyelasaikan masalah rakyat.

  • Masalah pusat hiburan perlu dibersihkan dari bersarangnya kegiatan maksiat dan jenayah.
  • Untuk jangka panjang perlu kaji balik sistem perundangan yang berkesan di kalangan rakyat. Boleh kaji balik sistem perundangan Islam bagi dilaksanakan di negara ini. 

No comments:

Post a Comment