Thursday, October 02, 2014

MB S'gor Arah Beku Akaun Di Sini, Sila Jawab, Mengapa?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh339NIxySSYVzkVShDr4WB5IRNUfhNJr7Y6r9L5PprQVNnHNDVI23mfPcfgLLXxleQQDFOWlyVzICEP30905HOVaTOC3opS6fMKvnebLcdIq_wwh4jzz9hHTsiao4vGEelKzVt07f-udbc/s1600/azmin+ali.jpg
Shah Alam: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengarahkan bank membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Faekah Husin berkata, arahan itu dikeluarkan pada 25 September 2014.

“Saya percaya ia dibuat atas arahan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. Tindakan pantas Menteri Besar baru ini seolah-oalah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan Selangor mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baru demi rakyat.

"Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak," katanya (myMetro)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?
E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?

5 comments:

Anonymous said...

Don't jump to conclusion...tunggu dan lihat dulu. Pasti ada sebabnya!

Anonymous said...

Tuan Haji Hasyim ni macam anti Azmin je ..jangan burok sangka tuan haji tak baik

Ali Mahmud said...

Tanya, tak salaj kan? kan?

Anonymous said...

Biasanya Pakatan akan lantik wakil dari pakatan utk jadi wakil dun yg bukan bawah pakatan. TSKI bukan lagi wakil pakatan jadi dana DUN diserahkan kepada wakil pakatan yg dilantik dikawasan tersebut. Faekah ni saja buat kecoh dan batu api. Hari tu nak pecat DSAI tetapi tersilap cuma tutup pejabat saja. Kalau nak cerita apa Faekah buat punyalah teruk tapi yg lepas tu biarlah.

Anonymous said...

Fekah ni tak fakeh .. he he

Khalid tu wakil parti mana sekarang ni.. dulu masa jadi MB kedekut sgt sekarang baru tahu langit tinggi rendah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails