Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25
-27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan
Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia.
Muzakarah telah memutuskan
bahawa:
Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:
Aspek Akidah
a. Berpegang kepada Konsep Pluralisme
Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama
dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa
setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri
terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama
tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.
b. Akal Manusia Adalah Wahyu
Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori
iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis
adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis
adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks
al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.
c. Meragui Ketulinan Al-Quran
Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi
dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu,
tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga
terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah
tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message
budaya Arab.
Aspek Syariah
a. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith
Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau
methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan
“membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini
menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran
al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan
psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan
sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu
tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.
b. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat
Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan
membebaskan' tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat
Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses
dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.
c. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian
Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat
Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak
lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas
manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai
sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang
baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai
bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut
baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak
terjadi di alam realiti.
d. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam
Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul
al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah
secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik
oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang
telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai
semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam
melalui tafsiran semula ajaran Islam.
e. Sikap Terhadap Hukum
Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang
tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil
tujuan hukum bukan bentuk hukum. Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan
tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah
ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.
(Diangkat dari
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya-kepada-islam-di-malaysia).
(IH)
Lihat sebelum ini..
1 comment:
Minta izin WM untuk iklan
Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??
Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah
Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!
Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..ayuh tolong saya selamatkan tanah orang Melayu !!!
Post a Comment