Sunday, October 05, 2014

Mereka Solat Di Gereja Dekat Masjid Pusat Di Moscow, Allahu Akbar!


Kosmo Online hari ini menyiarkan gambar beribu-ribu penduduk menunaikan solat sunat Aidiladha di hadapan sebuah gereja yang terletak berhampiran Masjid Pusat di Moscow, Rusia semalam.  Al-hamdulillah.

Berita sebelum itu..

Saudara seIslam kita di Moscow terpaksa solat dalam kesejuka.
Kerana tidak mempunyai masjid yang cukup untuk melakukan solat, jamaah Muslim di ibu negara Rusia, Moscow, tiada pilihan lain selain solat di luar dalam keadaan bersalji. 

"Kami meminta pihak berkuasa untuk membenarkan kami membina masjid baru, tetapi mereka mengabaikan tuntutan kami," kata Hasan Fakhritdinov, imam Masjid Bersejarah Moscow pada BBC News Online, Khamis, 22 Mac.

"Sekarang orang perlu solat di luar saat hujan atau bersalji."

Moscow adalah rumah bagi kaum minoriti Muslim, lebih dari dua juta dan salah satu bandar besar di Eropah dengan tumpuan Muslim paling besar. Tapi bandar ini memiliki hanya empat masjid, yang tidak dapat menyelesaikan dan menampung jamaah pada hari Jumaat. Hal ini akan memaksa banyak jamaah solat di luar masjid dalam cuaca membeku.

Dalam solat Jumaat, umat Islam dari seluruh bandar empat masjid datang dari pagi untuk mencari tempat yang mempunyai ruang. Melimpahnya mereka hingga ke luar masjid biasanya menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di bandar.

Para pemimpin Islam telah lama mengeluh bahawa beribadah di salah satu masjid telah semakin sukar dan bahawa ada keperluan untuk membina lebih banyak tempat ibadah bagi minoriti yang cukup besar untuk menampung mereka.

"Kita harus bersyukur bahawa masih ada masjid di Moscow. Bandar ini tidak bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi berjuta-juta dari kita umat islam."

Tapi pembangunan masjid baru untuk menampung jamaah Muslim mempunyai bahagian di Moscow.

"Moscow sedang berkembang dan ini menarik lebih banyak pendatang yang kebetulan adalah Muslim," kata dua wanita muda yang berjalan dekat masjid tua kepada BBC.
"Rusia sedang membangunkan gereja dan tidak ada orang yang perlu menghentikan Islam daripada membina masjid mereka juga".

Tapi Yuri Gorsky, seorang aktivis dari kumpulan nasionalis Russovet, yang menyeru kawalan imigresen ketat, tidak setuju akan hal ini.

"Tidak banyak wajah Slavia yang anda lihat di jalan-jalan sekarang. Saya tidak membantah penghijrah dari negara-negara Slavia. Tapi kita harus menghentikan Muslim."

Ada sejumlah serangan xenophobia terhadap pendatang Islam di Rusia. Tahun lalu, tujuh Muslim terbunuh dan 28 cedera dalam serangan rasis dan xenophobia, turun dari 57 kematian dan 196 kecederaan pada 2008. Walaupun kurang masjid, Muslim Rusia memuji suasana persahabatan di Moscow.  


Semakin banyak orang Rusia memeluk Islam, termasuk Ali Vyacheslav Polosin, seorang imam Ortodoks dan bekas ahli politik. Polosin pula memeluk Islam 12 tahun lalu, menjalankan sebuah pusat sokongan Islam di Moscow untuk mengajar dan menasihati para mualaf. Aisyah Lárisa, yang bekerja di tempat tersebut, mengatakan bahawa mereka telah mendaftarkan lebih dari 10,000 wanita Muslim yang menjadi mualaf.

"Mereka memerlukan bantuan dan nasihat kita" kata Aisyah.
"Kami mengajarkan mereka bagaimana beribadah dan cuba untuk membantu mereka jika mereka mempunyai masalah dengan ahli keluarga."

Ada sekitar 23 juta Muslim di Persekutuan Rusia yang tertumpu di Kaukasus utara, kira-kira 15 peratus daripada 145 juta penduduknya. Islam adalah agama kedua terbesar di negara itu di belakang Kristian Ortodoks Rusia. Diyakini jumlah Muslim di Moscow tumbuh secara ketara.  

Menurut Rusia Today para ahli mengatakan bahawa, pada tahun 2050, orang Islam akan menjadi kira-kira setengah penduduk Rusia menjadikannya salah satu negara terbesar di dunia. 

Hukum solat di dalam gereja

Diriwayatkan dari Nabi saw 
  • “Aku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum aku “ beliau menyebutkan diantara kelima perkara tersebut , iaitu : “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai tempat sujud yang suci. Maka siapa pun diantara umatku yang mendapati waktu solat , maka hendaklah ia mengerjakan solat " ( H.r. Bukhori dan Muslim dari Jabir)
Oleh kerana itu , seluruh bumi dianggap masjid dan tempat bersujud bagi orang Islam ( selagimana tempat itu tidak diyakini ada najis ) dan dia boleh mengerjakan solatnya disitu. Dan sebaiknya hendaklah dijauhi dari tempat-tempat seperti gereja dan sebagainya bagi menghindari kesamaran hukumnya, namun jika tidak ada tempat yang sesuai untuk solat , maka seluruh bumi adalah milik Allah dan seluruh bumi adalah masjid (tempat sujud )

Berkenaan hadis Umar ra yang enggan solat di gereja seperti yang diriwayatkan.. 
  • Bahawa Umar ra hampir saja solat di gereja ketika dipelawa “ silalah “ . Maka dia menjawab : “ tidak !   Aku tidak akan menunaikan solat disitu , supaya kaum muslimin yang akan datang tidak berkata :  Di sini Umar ra pernah menunaikan solat , lalu mereka menjadilkannya sebagai masjid bagi kaum Muslimin “
Maka keengganan Umar ra solat di gereja kerana kekhawatiran terhadap hal itu saja , bukan mengenai hukum solat di gereja .(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails