Tuesday, October 07, 2014

Misi Ganas Snouck Hurgronje Pergi Ke Mekah Aceh/Betawi.



MENGAPA Dikatakan Misi Ganas Bukan Islam Snouck Hurgronje?

Ganas ada disepanjang zaman. Mengganas adalah merosakkan sesuatu, dan perosaknya disebut pengganas atau teroris. Dalam kes Christian Snouck Hurgronje atau lebih dikenali dengan nama Snouck Hurgronje ini, dia adalah orientalis terkemuka dari Belanda,  Dia masuk Islam, belajar Islam bertujuan untuk memusnahkan agama Islam yang menjadi musuh tradisinya.

Dia dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Oosterhout, Belanda. Bapanya, J.J Snouck Hurgronje adalah seorang paderi dan pendeta Kristian Prostetan. Snouck Hurgronje melanjutkan pelajaran di Universiti Leiden pada tahun 1875 ketika berusia 18 tahun.

Pada mulanya ia melanjutkan pelajaran dalam jurusan teologi namun menukar jurusan pengajiannya kepada jurusan Sastera Bahasa Arab, dan meraih gelaran doktor falsafah sastera Arab pada tahun 1880. Kelayakan sebagai doktor falsafah melayakkannya menjadi seorang pensyarah bagi calon-calon pegawai Belanda yang ingin dihantar berkhidmat untuk VOC (Syarikat Hindia Timur Belanda) di Hindia Timur, atau kini dikenali  sebagai Indonesia.

Snouck Hurgronje ketika di Mekah sebagai individu bernama Abdul Ghaffar. Snouck mengikuti jejak orietalis Ludorico Bartena yang berjaya menyusup masuk ke Mekah pada tahun 1503.

Misi Snouck Hurgronje Di Mekah
Pada tahun 1884, ia pergi ke Mekah untuk mendalami pengetahuan bahasa Arab, kononnya. Apabila tiba di sana ia menyatakan dirinya adalah penganut Islam dengan nama Islamnya, Abdul Ghaffar. Terdapat sesetengah sejarahwan membongkar Snouck Hurgronje, hanya berpura-pura memeluk Islam bagi mengaburi beberapa pihak terutama pihak berkuasa Mekah.

Tujuan sebenarnya ke Mekah adalah ingin merisik sifat tegas yang padanya disebut 'fanatik' umat Islam Acheh di Mekah.  Di mana menurut pengamatannya, umat Islam Acheh menjadikan Mekah sebagai pengkalan mereka untuk meraih kemerdekaan daripada penjajah Belanda. 

Maka tidak hairan apabila terdapat sumber-sumber sejarah mengatakan Snouck Hurgronje telah ditaja oleh kerajaan Belanda semasa berada di Mekah atas tujuan perisikan maklumat. Di Mekah, ramai ulama bersyarah dan menaikkan api semangat jihad di kalangan masyarakat nusantara bagi menentang penjajah kafir yang menganiayai masyarakat Islam tempatan. 
Haji Hassan Mustafha
Snouck berjaya berkenalan dengan beberapa ulama dan individu seperti Sheikh Waliyul Hijaz, Raden Abu Bakar Jayadiningrat dan Haji Hasan Musthafa. Dia dapat menarik simpati ramai lagi individu atas dasar persaudaraan sesama ‘muslimin’.

Kembali Ke Belanda Dan Berkhidmat Di Acheh

Pada tahun 1885, dia kembali mengajar di Universiti Leiden dengan pengetahuan dan pengalaman yang baru. Namun, dia merasakan adalah tidak adil jika beliau mengajar tetapi beliau sendiri tidak pernah berada Hindia Timur khususnya Acheh.

Tidak lama selepas itu iaitu pada tahun 1889, beliau menawarkan diri untuk berkhidmat di Hindia Timur iaitu di wilayah Acheh. Beliau diberi tugas sebagai penasihat bahasa oriental dan hukum Islam. Pada 9 Julai 1891, beliau menetap di Peukan Acheh.

Snouck Hurgronje(berbaju putih) dan van Huertz(berbaju hitam)


Pada 4 Februari 1892, ia kembali ke Jakarta(dulu dikenali Betawi) namun beliau sering berulang-alik ke Acheh bagi memberi nasihat kepada Jeneral Belanda di Acheh, van Heutsz berkenaan selok-belok kekuatan masyarakat Islam Acheh.

Van Heutsz(paling hadapan) semasa meneliti pasukannya yang bertempur dengan tentera jihad Acheh.


Gambar Masjidil Haram di Mekah yang diambil oleh Snouck Hungronje
 
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails