LOS ANGELES: Nadya Suleman, wanita yang melahirkan anak kembar lapan, bersetuju berlakon dalam sebuah filem porno untuk membantunya membayar hutang berjumlah lebih RM3 juta.
Nadya, 36, mempunyai enam anak sebelum melahirkan kembar lapan itu, tiga tahun lalu. Dia kini sudah memfailkan untuk mengisytiharkan dirinya muflis selepas gagal membayar hutang, termasuk hutang rumah, bil elektrik dan wang yang dipinjam daripada sebuah sekolah.
Petugas pelindung kanak-kanak di California juga mengunjunginya selepas laporan menyatakan anaknya hidup dalam kesengsaraan. Nadya yang berbogel untuk sebuah majalah dengan bayaran RM19,000 awal tahun ini, pernah berikrar untuk tidak berlakon dalam filem lucah.
Tetapi selepas berdepan dengan ancaman rumahnya akan dijual, dia menandatangani persetujuan untuk muncul dalam filem seks yang akan memulakan penggambaran musim panas ini.
“Saya terpaksa melanggar ikrar saya. Yang penting, saya akan menjaga keluarga saya. Pendapatannya agak lumayan dan ia akan membolehkan saya mempunyai sebuah rumah yang selamat. “Saya akan melakukannya,” kata wanita itu. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini juga carafikir salah. Samakah hukumnya dengan pemakan wang haram seperti menyalahgunakan wang atau harta kerajaan, rasuah, dan yang sejenis atau sebangsa dengannya?
1 comment:
Tuan Admin saya rasa posting gambar Nadya ni duduk mengangkang tidak sesuai diposting walaupun dah censored, harap maklum.
Post a Comment