AFP - OBAMA (kanan) berbual dengan Netanyahu ketika mengadakan pertemuan di White House kelmarin.
AS kritik projek penempatan haram baharu Israel
WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) kelmarin
secara terbuka mengecam rancangan Israel membina sebuah penempatan haram
Yahudi di timur Bailtulmuqaddis. Jurucakap Obama, Josh Earnest berkata, rancangan tersebut bakal
menyebabkan sekutu paling rapat Israel semakin menjauhkan diri dan
menimbulkan persoalan berhubung komitmen untuk berdamai dengan Palestin.
Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Obama dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertemu di White House. Kata Earnest, Obama secara peribadi menyatakan kebimbangannya kepada
Netanyahu walaupun kedua-dua pemimpin tersebut tidak memberi sebarang
komen kepada wartawan selepas pertemuan itu.
“Pembangunan ini hanya menyebabkan kecaman daripada komuniti
antarabangsa. Ia juga menimbulkan persoalan berhubung komitmen Israel
dalam rundingan damai mengenai penempatan semula penduduk dengan
Palestin,” katanya.
Projek pembinaan 2,500 buah rumah itu menjadi pertikaian kerana bakal
melengkapan satu kawasan penempatan haram Yahudi di satu lokasi yang
memisahkan Bailtulmuqaddis dengan Baitulaham.
AS mengkritik projek penempatan haram Israel di timur Bailtulmuqaddis
kerana bimbang memberi kesan terhadap rundingan damai dengan Palestin.
White House juga mengecam pendatang haram Yahudi yang merampas
beberapa rumah penduduk Palestin di Silwan di timur Bailtulmuqaddis
baru-baru ini. – AP
No comments:
Post a Comment