Friday, October 03, 2014

Pelacuran Masih Menguasai Pasaran Di Negara Ini

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0219/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_04.1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbcQxtB8cfFRYVM5U4YjPSfBuWWqLOUlqGPxKEygX524pwlv9yoq5PpfpML9r0KZLDIoAiIwtJlnmDTCtmR16naNn4SfsGIDURlsshRXzNl96SVnqI5zYZfKFauIFW_BY-tRZlaoRVbCce/s1600/pelacur+kelantan.jpg
Gambar Hiasan

KL: PELACUR-PELACUR masih menguasai pasaran  di negara ini, walaupun Malaysia pernah mengumumkan sebagai sebuah negara Islam versi Najib. Samada pasaran gelap atau terang.

Sehingga, gara-gara takut ditahan pihak berkuasa, sekumpulan pelacur warga China bertindak lari lintang-pukang sehingga sanggup membahayakan diri di Jalan Gelang di sini, Rabu malam.

Kumpulan pelacur tersebut merupakan antara wanita yang memperagakan diri dengan tarian ghairah di pentas sebuah medan selera untuk mendapatkan pelanggan. Bagaimanapun ketika sedang memikat pelanggan, pelacur berkenaan dikejutkan dengan serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 12 tengah malam.

Serbuan tersebut diketuai oleh Deputi Supritendan, Shahrulnizam Jaafar bersama dua pegawai dan 25 anggota. Hasil tindakan pantas polis, seramai 35 wanita warga asing yang menawarkan diri untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu berjaya ditahan. Daripada jumlah itu, seramai 24 wanita merupakan warga China manakala 11 lagi rakyat Vietnam.

Turut ditahan seorang lelaki yang dipercayai pengurus medan selera berkenaan. Pemeriksaan lanjut di sebuah bangunan yang dijadikan bilik tumpangan wanita-wanita terbabit menemui sejumlah kondom dan pelbagai peralatan seks. Kesemua 35 wanita terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Seorang Ustaz bila ditanya cara penyelesaian masalah pelacuran di negara ini, katanya..

"Tiada jalan lain melainkan dengan perlaksanaan perundangan Islam sepenuhnya seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, baru dapat nikmat dan barakahnya. Insya Allah! '.  (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

3 comments:

Anonymous said...

Klu ikut tuan guru kolid samad...kita umat islam kene berlapang dada...kene moderate sikit jgn ekstrimis sbgmana yg dap nk. So utk jd islam progressive dan moderate...kite kene izin mereka anjur aktiviti ni utk bkn islam. Biar mereka buat semua ni sbb x berdosa bg mereka asalkan tmpt itu bkn majoriti islam. Lgpun apalah sgt dosa berzina klu dibanding dgn syirik. Nauzubillah.

Anonymous said...

Khalid tak kata gitu, kamu yang cakap lebih-lebih..

sila buktikan.

Ibnu Hasyim said...

'apalah sgt dosa berzina'. Ini cakap orang yang dosanya terlampau banyak. Baginya, zina sudah tiada apa-apa. Yang salah cuma syirik?

Na'auzubillahi minzalik. Bertaubatlah. Mogo Allah masih mahu menerima taubat kamu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails