KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meminta kerajaan mendedahkan perjanjian air yang dimeterai sebelum ini bagi tujuan kepentingan umum.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, perjanjian tersebut juga dilihat tidak mengugat keselamatan nasional dan sepatutnya ia didedahkan.
"Saya sudah meneliti tiga perjanjian air yang telah dimeterai sebelum ini.
"Setelah meneliti, saya telah menulis surat kepada Menteri bagi memohon agar perjanjian tersebut didedahkan kepada umum dan ia tidak mengugat keselamatan negara maka tidak perlu disorok," jelas beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Gombak itu turut memberitahu kerajaan negeri tidak berniat untuk membatalkan perjanjian tersebut sebaliknya dengan pendedahan ini seluruh rakyat Selangor mengetahui isi kandungannya.
Cemar tahap 4
Dalam masa yang sama, Azmin turut mempertikai teknologi yang digunakan pada loji rawatan Langat 2 yang dilihat tidak bersesuai dengan penggunaannya. Fasa pertama ujarnya, mereka mencadangkan penggunaan sistem proses saringan yang menggunakan Granular Activated Carbon (GAC) iaitu teknologi tinggi untuk merawat air yang tercemar tahap empat.
"Persoalannya kalau pusat mencadangkan teknologi tersebut pada Langat 2 ia membawa maksud air yang disalurkan ke loji tersebut dari Sungai Pahang tercemar teruk tahap empat.
"Adakah betul air sungai tersebut tercemar, tetapi jika tidak kita tidak perlu menggunakannya kerana ia melibatkan kos yang tinggi," katanya.
Beliau turut melahirkan kerisauan bila kos yang tinggi digunakan pada projek tersebut termasuk kos penyelenggaraan, ia akan membebankan rakyat melalui kenaikan tarif air. Beliau turut menggesa kerajaan agar memberi penjelasan adakah Sungai Pahang memhadapi pencemaran tahap empat sehinggakan kerajaan memerlukan penggunaan teknologi tersebut. - HARAKAHDAILY 16/10/2014
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?
No comments:
Post a Comment