Friday, October 03, 2014

Sukan Negara Begini Takpa, Tidak Haram? Apa Kata Mufti?


Ooi Tze Liang. 

SUKAN
Sukan negara begini takpa, tidak haram? Apa kata mufti?  Lihat beritanya?
 
INCHEON: Skuad negara tidak menyerlah pada hari ketiga acara terjun dipertandingkan pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini apabila gagal meraih sebarang pingat dalam acara 1 meter papan anjal individu lelaki dan wanita.

Ooi Tze Liang dan Ahmad Amsyar Azman tidak meneruskan kecemerlangan semalam apabila sekadar menamatkan enam pusingan terjunan di tempat kelima dan keenam.

Ooi mengutip 356.70 mata manakala Ahmad Amsyar mengumpul 352.75 mata.

Kedua-dua penerjun mempamerkan aksi hambar apabila Ooi mengutip 33.00 mata dalam terjunan kedua pada darjah kesukaran 3.0 manakala Ahmad Amsyar pula mengutip 30.00 mata pada terjunan keempat dengan darjah kesukaran 3.0.

Semalam, Ooi dan Ahmad Amsyar meraih pingat perak acara 3m papan anjal seirama lelaki dengan 405.81 mata.

Sekali lagi, penerjun adik-beradik dari China menguasai pingat emas dan perak apabila He Chao mengutip 462.85 mata manakala abangnya, He Chong mengutip 443.10 mata untuk tempat kedua.

Pingat gangsa diraih penerjun tuan rumah, Woo Haram dari Korea Selatan dengan 410.00 mata.

Ahmad Amsyar ketika ditemui berkata sedikit kesilapan sahaja menyebabkan beliau gagal meraih lebih banyak mata bagi membuka peluang untuk berada dalam kelompok teratas.

"Saya sedikit tergelincir dari papan sebab itu terjunan tidak baik," katanya yang akan turun beraksi dalam acara 3m papan anjal individu bersama Ooi, esok.

Sementara itu, jurulatih negara, Yang Zhuliang berkata beliau tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan Cheong Jun Hoong dalam acara 1m papan anjal individu wanita hari ini.

Katanya, Jun Hoong banyak melakukan kesilapan kecil yang akhirnya menyebabkan anak buahnya itu gagal mengumpul mata yang baik.

Ditanya mengenai peluang ratu terjun negara Pandelela Rinong dalam acara 10m platform individu esok, beliau berkata peluang adalah 50-50 memandangkan saingan agak sengit khususnya daripada penerjun China, Korea Utara dan Jepun. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Kalu dah tak tutup aurat tu..tak payah lah tanya Mufti Bang Hashim oii...macam sindir je....

jangan pula kerana dok belaga angin dan bersekutu dengan cara Khalifah P.Pinang yang dok buat sukan bogel tu kena cekup..maka Pak Hashim pun korek sukan renang yang jauh konsepnya lalu Pak Hashim minta fatwa dan jadikan sebagai kambing hitam...kolot tu....kalu nak korbankan mufti pun kenalah fikir-fikirkan siapa yang lebih tahu dan dapat menilai jalan fikir Pak Hashim tu.....

Anonymous said...

Bagus kritik pada Bang Hashim tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails