Sunday, October 05, 2014

Tiada Alasan Halang Hijab Dalam Sukan. -Presiden OCA


Atlet bola keranjang wanita Qatar berjalan keluar dari gelanggang selepas menarik diri dalam perlawanan bertemu Mongolia di Sukan Asia 2014 pada 24 September lalu kerana pemakaian hijab tidak dibenarkan. -AFP


Sukan Asia: Presiden OCA Gesa Atlet Dibenarkan Pakai Hijab
INCHEON: Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah menggesa supaya atlet wanita dibenarkan memakai hijab dalam semua jenis sukan selepas pasukan bola keranjang Qatar menarik diri daripada menyertai Sukan Asia kali ini.

Pasukan bola keranjang wanita Qatar bertindak meninggalkan gelanggang selepas Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) melarang mereka memakai hijab ketika perlawanan. Qatar menyelar tindakan itu dengan menyifatkannya sebagai satu 'penghinaan', walaupun pemakaian hijab telah dibenarkan dalam kebanyakan jenis sukan peringkat dunia.

Sheikh Ahmad berkata beliau sedih terhadap kes membabitkan kontinjen Qatar itu dan meminta FIBA melakukan perubahan.

"Hijab sudah diterima dalam semua sukan, termasuk FIFA, bola tampar, olahraga dan padang. Kesemuanya ada yang memakai hijab tetapi tidak bagi bola keranjang.
"Tiada alasan untuk menghalang pemakaian hijab dalam sukan," katanya sambil menambah 'tiada beza' di antara sukan bola keranjang, bola sepak, tinju, bola baling atau bola tampar.

Bagaimanapun FIBA telah membenarkan pemakaian hijab dalam kejohanan kebangsaan dan pada tahun depan dijangka akan membenarkannya di peringkat antarabangsa. Jawatankuasa tertinggi badan induk itu berkata larangan terhadap pemakaian hijab tidak berkaitan dengan agama.  (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Muka puak-puak mengaku Islam penentang Hijab buta tuli dalam sukan, nak letak di mana?  Tak malu ke?

Lihat sebelum ini..

No comments:

Post a Comment