Bajet 2015 Sekadar 'melepas batuk di tangga'
KUALA LUMPUR: Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Bajet 2015 yang dibentangkan Perdaa Menteri semalam, tidak lebih sekadar mahu melepas batuk ditangga.
Beliau berpendapat, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya menggunakan Bajet 2015 secara baik bagi mendidik rakyat tentang kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang kini berdepan dengan risiko untuk diturunkan Penarafan Negara atau Sovereign Rating oleh Badan Penarafan Antarabangsa.
"Puncanya ialah hutang kerajaan pusat terkini RM586 bilion. 16 tahun defisit fiskal dan jaminan pinjaman oleh kerajaan ke atas GLC atau 'contingent liabilities' ke paras RM157 bilion.
"Pada awal nampak macam sudah insaf tetapi jelas bahawa langkah konsolidasi fiskal hanya 'melepas batuk ditangga' ketika perbelanjaan mewah diperuntukkan semacam tidak berdepan apa-apa masalah," katanya.
Menurut Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat, belanja mewah itu termasuk peruntukan besar kepada Jabatan Perdana Menteri iaitu RM19 bilion, Pan Borneo Highway yang sudah masuk enam kali disebut dalam bajet, projek-projek infrastruktur, pelbagai insentif-insentif cukai dan sebagainya.
"Perkara yang baik tetap baik, tapi sengaja berbelanja besar kerana takut hilang adalah sangat tidak bertanggungjawab.
Dzulkifli juga melahirkan kebimbangan, apakah Bajet 2015 ini akan mengalami nasib yang sama dengan yang lain dari segi ketirisan dan kebocoran yang akhirnya akan menggagalkan pencapaian program-program yang baik.
Sebab itu katanya, Pakatan Rakyat turut membentangkan belanjawan alternatif sebagai penyemak imbang agar wujud persaingan sihat. - HARAKAHDAILY 11/10/2014
No comments:
Post a Comment