Tuesday, October 07, 2014

UMNO S'gor Pun Dah Tak Mahu Arak.. Apa Kata MB Baru? He He He...


Adakah UMNO dah berubah tak mahu arak sekarang?

Umno Selangor melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan pesta arak 'Oktoberfest'. Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan memasang iklan pesta arak itu di beberapa lokasi sekitar daerah Shah Alam itu dilihat tidak bersesuaian dengan persekitaran setempat.

"Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.
"Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan...Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin (Ali) sepatutnya peka dengan apa yag berlaku depan mata, jangan asyik nak cari kesalahan menteri besar (Selangor) sebelum ini sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Korban Perdana 2014 peringkat Parlimen Tanjong Karang di sini, hari ini.

Demikian antara laporan Barnama.

'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel. Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat (PAS adalah rakan parti yang memerintah Selangor) , Nasrudin Hassan, beliau mendakwa pesta arak yang dipromosikan secara besar-besaran itu telah menjadi 'mungkar' meskipun ia dianjurkan dalam ruang bangunan secara tertutup.

"Samalah seperti aktiviti hubungan seks luar nikah (pelacuran) yang dipromosi kepada umum, ia menjadi maksiat terbuka yang wajib ke atas pihak berkuasa dan seluruh Islam bangkit mencegahnya.
"Sebagai sebuah negara yang Islam menjadi Agama Persekutuan, hak itu mestilah ditunai secara tertutup dan tidak dipromosi apa lagi dipestakan secara besar besaran begini," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya, hari ini.


 



Sebentat tadi ada laporan menyebutkan adalah suatu tuduhan bahawa kerajaan negeri di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama empat Exco PAS telah meluluskan penganjuran pesta arak, Oktoberfest itu. Ia merupakan suatu fitnah.

Selangor Kini melaporkan, Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, sebaliknya permohonan pesta arak itu tidak pernah dibawa ke mesyuarat exco untuk diputuskan.

“Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan empat Exco PAS.
“Ini tidak benar, tidak pernah dibawa ke mesyuarat Exco,” tulis Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menerusi facebook.

Sebelum ini, wujud tuduhan liar melalui sosial kononnya kerajaan negeri meluluskan penganjuran pesta yang berakhir pada 12 Oktober ini.

Tinjauan Weblog Ibnu Hasyim hari ini, mendapati ramai orang-orang Islam di Selangor tertanya-tanya sikap Menteri Besar baru Selangor dalam hal ini. Seorang ustaz membacakan hadis ini..  

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
  • Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendokong termasuk mengundi) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
"Adakah PKR sekarang dah jadi macam UMNO? Kalau dah jadi UMNO buat apa pilih Pakatan Rakyat lagi?" Kata seorang peniaga pasar malam berhampiran rumah MB Azmin malam tadi.

(IH)

5 comments:

  1. Selangor patut memberi notis tutup kepada Carslbergs dan arahkan mereka memindahkan kilang arak dari negeri itu. Mungkin P Pinang atau Kedah boleh terima.

    ReplyDelete
  2. Cx yr info first abnu.. first..billboard event tu cybertrooper amnu yg create..no open public promo..second..why kecoh2..don't we hv to listen to what selangor's amirul mukminin says just like in mb appointment case..now look like he says nothing..kalau dia x suke tentu dia dah cakap..PAS says we yg to respect him..let's wait for his words..

    ReplyDelete
  3. Takutlah kepada Allah saudara. Kerana rating saudara sanggup buat apa sahaja. Tak mau malu kepada Allah malulah kepada anak isteri.

    ReplyDelete
  4. Sultan Selangor tak nak campurtangan ka...he3

    ReplyDelete
  5. Baru saya tau ada pak menteri kita yang bersedia untuk minum arak (gambar) apa komen Isma

    ReplyDelete