CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
ORANG sihat tak perlu terkejut dengan keputusan para juri di Bandar Ferguson, Negara Bahagian Missouri, Amerika Syarikat (AS), Isnin malam lalu. Polis berkulit putih Darren Wilson akhirnya dibebaskan dari segala tuduhan selepas dia menembak mati seorang remaja kulit hitam bernama Michael Brown pada 9 Ogos lalu.
Keputusan itu mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh AS, terutama oleh warga kulit hitam. Rusuhan melanda, rompakan berleluasa. Di Ferguson, kehidupan hanya boleh ada dua warna: kulit hitam atau kulit putih. Mujurlah, tragedi perkauman 13 Mei 1969 di Malaysia tidak berlanjutan begitu. Mungkin kerana Islamnya penguasa di sini.
Di Ferguson, dalam kajian YouGov.com dengan kerjasama laman Huffington Post yang dikeluarkan dua hari lalu, sebanyak 64 peratus responden berkulit hitam menyatakan Wilson bersalah kerana membunuh Brown dan harus dihukum. Hanya 22 peratus warga kulit putih mengatakan Wilson bersalah, seperti yang dilaporkan oleh madison.com, Rabu (26/11).
Dari pengundian itu juga diketahui, 76 peratus responden kulit hitam menilai penembakan Brown itu adalah sebahagian daripada cara polis melayan orang kulit hitam dengan tidak adil. Sedangkan hanya 35 peratus orang kulit putih mengatakan demikian.
Menurut kaji selidik dari Lembaga Pusat Penyelidikan Pew, sebanyak 80 peratus responden kulit hitam mengatakan kes ini menunjukkan betapa pentingnya isu perkauman di AS. Sedangkan hanya 35 peratus orang kulit putih menyatakan demikian.
Dari sudut gelap lain, memperlihatkan ketimpangan antara kulit putih dan kulit hitam di AS berlaku dalam pelbagai sektor kehidupan. Ketimpangan itu boleh menimbulkan kecemburuan sosial sehingga menyebabkan rusuhan dan jenayah, seperti yang terjadi di Ferguson.
Pada kaji selidik 2012 oleh Institut Penyelidikan Agama Awam menyatakan warga kulit hitam sekitar 20 peratus lebih sukar dalam mendapatkan hidup layak berbanding orang kulit putih. Termasuk dalam hal mendapat lapangan pekerjaan atau sekolah yang baik.
Kadar pengangguran orang kulit hitam dewasa berada pada angka 10.7 peratus pada Oktober lalu, atau hampir dua kali ganda dari rata-rata nasional. Sejumlah kalangan juga menilai, keputusan mahkamah di Ferguson itu menunjukkan masih bersemayam isu perkauman dalam sistem kehakiman di AS.
Perkauman dalam wujud institusi itu sentiasa berulang dalam setiap kes sejenis, meski waktu kejadiannya berjarak hampir enam dekad lalu.
Sejarah mencatat kes perempuan kulit hitam bernama Rosa Parks saat dilarang duduk di kerusi orang kulit putih di dalam sebuah bas di Montgomery pada 1955, mencetuskan gelombang tunjuk perasaan dan gerakan memperjuangkan hak-hak sivil dan kesaksamaan antara kulit hitam dan kulit putih.
AS mempunyai sejarah panjang kebencian kulit putih terhadap kulit hitam. Api perkauman ini akan terus membara, membakar, mendalam bagai api dalam sekam. Mungkin akan menjadi penyumbang besar ke arah tersungkurnya kerajaan super power itu di masa mendatang.
Lihat juga..
- Rusuhan Ketegangan Kaum Tercetus Seluruh AS.
- AS: Rusuhan Kaum Berterusan, 1 Lagi Pemuda Kulit H...
- AS: 2,000 Askar Kawal Rusuhan Kaum Ganas Di Fergus...
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
28 Nov 2014 KL
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
No comments:
Post a Comment