Wednesday, November 26, 2014

AS: Rusuhan Kaum Berterusan, 1 Lagi Pemuda Kulit Hitam Korban.

Lagi, pemuda kulit hitam tewas di Ferguson Kerusuhan Ferguson. 

Rusuhan di Jalan Ferguson, Negara Bahagian Missouri, Amerika Syarikat nampaknya akan semakin berpanjangan. Ini lantaran ada seorang pemuda, lagi-lagi berkulit hitam terkorban dalam rusuhan perhimpunan dan lokasinya tidak jauh dari tempat rebahnya remaja gelap yang ditembak polis kulit putih.

Akhbar Mirror melaporkan, Rabu (26/11), DeAndre Joshua dipercayai telah ditembak di dalam keretanya di tengah rusuhan dekat persekitaran tempat dia tinggal.

Rusuhan bermula selepas keputusan mahkamah tinggi membebaskan pegawai bernama Darren Wilson dari tuduhan pembunuhan Michael Brown, remaja 18 tahun. Remaja ini tertembak peluru Wilson padahal dia tidak bersenjata.

Namun Wilson membantah membunuh Brown. Dia mengatakan hanya menjalankan tugas. "Dia hendak merebut senjata aku dan aku fikir nyawaku dalam bahaya jadi aku melepaskan tembakan," ujar Wilson yang akhirnya buka suara mengenai peristiwa Ogos itu.

Namun kira-kira 1,000 penunjuk perasaan kecewa dengan keputusan juri padahal banyak saksi mengatakan Brown mengangkat tangannya apabila dia ditahan dengan pistol Wilson. (IH)


Lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails