Wednesday, November 26, 2014

Bantah MAS Paksa Pelanggan Kerjasama Sebarkan Arak.

Rombongan PAS yang diketuai oleh YB Marzuk Shaary Ahli Parlimen Bachok dan Ustaz Khalil Abdul Hadi Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia bersama sama 30 orang telah menghantar memorandum membantah hidangan arak di dalam pesawat Malaysia Airlines.

KL: Walaupun seseorang pelanggan Muslim tidak membeli arak secara langsung daripada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), namun sebahagian daripada kos pembelian tiket tersebut menyumbang kepada penyediaan dan penjualan arak oleh syarikat tersebut.

Tambahan pula, pramugari, pramugara dan semua krew kabin khususnya yang beragama Islam, mereka turut terlibat secara langsung dalam perkara ini.  Ia juga melibatkan pendapatan kakitangan yang bertugas.

Demikian antara bunyi memorandum yang dihantar kepada GCEO Malaysia Airlines

Pengharaman ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya (bermaksud),
  • Dari Anas bin Malik katanya, bahawasanya baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak iaitu, orang yang memerahnya, orang yang minta diperahkannya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya dan orang yang meminta dibawa kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang yang makan hasil daripadanya, orang yang membelinya dan orang yang minta dibeli kepadanya".(Riwayat Al-Imam At-Termidzi)
Perkara ini dilakukan susulan pendedahan oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan yang mengakui di dalam Parlimen bahawa setiap tiket yang dibeli termasuk kos hidangan arak. Tuntutan menghentikan sajian arak ini di lontarkan oleh YB Marzuk didalam Parlimen dan disusuli dengan penghantaran memorandum kepada GCEO Malaysia Airlines yang diterima bagi pihak oleh Dato Najmudin Abdullah Vice Presiden Strategic Communications.

Rombongan tadi turut disertai oleh YB Nasrudin Tantawi Ahli Parlimen Temerloh, YB Nik Abduh Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Dr.Izani Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Ahmad Baihaqi Atiqullah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Nurul Islam Mohamed Yusoff Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Syarhan Humaizi Ketua Pemuda Selangor dan Ustaz Norazli Musa Presiden NGO Geng Ustaz.

Weblog ini menganggap perkara itu seolah-olah MAS, sebuah syarikat penerbangan Malaysia memaksa pelanggannya bekerja sama, menyebarkan atau minum arak, walaupun mereka orang Islam yang dilarang membantu kegiatan tersebut. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails