Friday, November 21, 2014

Bas, Bahan Bakar Kotoran Manusia Beroperasi Hari Ini.

Bus ini pakai kotoran manusia sebagai bahan bakarnya 
Bas berbahan bakar kotoran manusia. ©Mirror.co.uk

JOM KREATIF 

Bristol, UK: Sekilas bas berwarna putih ini nampak tak ada bezanya dengan bas lain. Bus mengandungi 40 kerusi ini benar-benar kelihatan biasa sahaja.

Namun bas ini ternyata memakai bahan bakar yang sangat alami: Kotoran manusia dan makanan sisa adalah bahan bakar bio-bas penghubung Bath dan bandar udara Bristol ini.

Bas ini baru mula beroperasi hari ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Daily Mirror, Khamis (20/11). Bas ini dikeluarkan oleh GENeco, sebuah syarikat pengeluar bahan bakar gas. Gas yang dihasilkan, dihasilkan di tempat pembuangan kotoran di Bristol, United Kingdom.

Pengurus syarikat ini, Mohammed Saddiq mengatakan bio-bas ini diperuntukkan penduduk tempatan di sana. Ia berkata gas yang dipakai sebagai bahan bakar diambil dari najis manusia dan makanan sisa yang tidak lagi digunakan oleh manusia.

Bio-bas ini dipercayai merupakan cara tepat bagi bahan bakar awam kerana dapat memperbaiki kualiti udara bandar di sana. Gas yang dihasilkan di bas ini lebih rendah emisinya dibanding dengan tenaga disel tradisional. Kedua bahan ini akan dikemaskini nantinya.

Saddiq mengatakan, "Gas pembuangan dari kenderaan mempunyai peranan yang penting dalam memperbaiki kualiti udara di Inggeris. Dan dengan adanya bio-bas ini warga Inggeris yang tinggal di kawasan yang termasuk dalam laluan akan merasakan perubahan."

Bio-bas ini boleh beroperasi sehingga 300 kilometer dengan tangki gas penuh. Satu tangki gas penuh setara dengan najis yang dihasilkan lima orang.
 


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails