Saturday, November 29, 2014

Dr Mashitah Mesti Mohon Maaf Kepada Artis Berhijrah.

 


(Foto: Aishah dan Abby Abadi dalam satu program di My Harakah Bazaar.)



MELAKA: Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mesti memohon maaf kepada semua artis-artis yang berhijrah dan mesti memberikan sokongan kepada semua artis yang telah dan akan berhijrah menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Mahani Othman Basir.

Menurutnya, tindakan Mashitah mengecam artis-artis yang berhijrah itu sebenarnya didorong oleh sentimen politik. Ini, katanya kerana ramai artis yang berhijrah menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan PR malah ramai yang membantu pada Pilihanraya Umum ke-13 lalu.


PAS kini telah berusia 63 tahun mempersadai perjuangan di medan dakwah, siasah dan tarbiah negara ini.

Ini, ujarnya kerana seolah-olah Umno dan Mashitah tidak setuju dengan tindakan mereka yang memakai tudung, memakai kopiah dan menyampaikan tazkirah dan ceramah dalam program-program yang melibatkan orang ramai.

"Kita sepatutnya menyokong dan memberi galakan kepada mereka kerana tindakan mereka berhijrah adalah sangat baik dan dialu-alukan. Dulunya mereka tidak menutup aurat, lalai, memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan, bila berubah kita pula tidak suka kepada mereka.
"Artis-artis kita yang berhijrah bukannya setakat berubah dari segi pakaian dan tingkah laku tetapi mereka juga menghadiri kelas-kelas agama, usrah dan program-program pendidikan agama bagi mendalami Islam," ujar Mahani. (IH)

1 comment:

mansor said...

sewel Mashitah ni...sepatutnya dia kutuk Najib yang ligat ber K pop...bodoh dasn bangang punya masitah


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails